Art Detail | Ilham Gallery
Thailand Great Flood 2011
 TAMBAH KE ALBUM
Thailand Great Flood 2011
2011

Ciri utama karya Lampu ialah unsur lucu yang ternyata pada gaya tersendiri membesar dan mengherotkan kepala orang yang dilukis. Beliau mampu memberi rasa selamba kepada situasi yang serius dengan keupayaannya mencari kecerahan di sebalik kemurungan. Lukisan ini diilhami oleh lawatan beliau ke Ayutthaya semasa banjir besar tahun 2011 bila melihat bagaimana masyarakat di situ terus bersikap optimis walaupun hilang rumah dan harta benda.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
250 x 400 cm
Tarikh:
2011
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Lampu Kansanoh
Tentang Lampu Kansanoh

Dilahirkan di Samut Songkhram, Thailand, Lampu tinggal di Bangkok di mana dia membuat lukisan cat dan arca. Ia berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana Seni Halus daripada Universiti Silpakorn Bangkok. Karyanya merayakan keinsanan manusia dalam kepelbagaian keanehannya. Manusia yang dilukiskan lazimnya berbentuk badan luar biasa, berkepala besar dan paras mengherot, memberi kesan kelakar. Warna yang digunakan adalah terang dan jelas, seolah-olah untuk menyerlahkan keanehan kelakuan dan kegilaan watak-wataknya. Dalam ianya mempersendakan masyarakat dan kehidupan seharian, ia juga boleh mengilhamkan penghayatan ikhlas ragam manusia. Pada tahun 2012 dia menjadi seorang artis residen di Muzium Seni Asia Fukuoka. Karyanya luas dipamerkan di Thailand, termasuk dalam tiga buah pameran solo di Galeri Seni Moden Ardel (2009, 2011 dan 2013).