Art Detail | Ilham Gallery
Secret of Love No. 3
 TAMBAH KE ALBUM
Secret of Love No. 3
2017

Siri Secret of Love (Rahsia Cinta) mengandungi potret-potret yang dibuat daripada cebisan lipatan kertas yang disusun untuk menjadikan potret diri pelukis and gambar foto keluarganya. Dihasilkan dengan campuran berbagai reben dakwat, cebisan kertas ini memberi ton dan nilai warna yang berbagai, dengan setiap cebisan membawa kata-kata hikmat yang dipupuk dari generasi ke generasi keluarganya. Walaupun tidak dinyatakan, karya ini berupa sebuah potret diri pelukis sebagai kanak-kanak, atau mungkin juga ianya gambar adiknya.

Maklumat
Media:
Taipan atas kertas, kertas dilipat pada kerangka kanvas
Dimensi:
120 x 90 cm
Tarikh:
2017
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Thanathorn Suppakijjumnong
Tentang Thanathorn Suppakijjumnong

Thanathorn dilahirkan di wilayah Khon Kaen, Thailand pada tahun 1992. Beliau berkelulusan Sarjana Muda dalam Seni Cetak daripada Universiti Mahasarakham dan Sarjana Seni Halus dalam Seni Cetak daripada Universiti Silpakorn. Semasa pengajian sarjananya, dia telah meneroka teknik cetakan mengguna mesin taip, sebuah alat yang beliau kenal sangat oleh kerana keluarganya pernah kendalikan sekolah menaip. Karyanya telah memenangi beberapa hadiah utama di Thailand, seperti Hadiah Seni Toshiba “Memberi Kesenangan Hidup”(2015), dan “Hadiah Seni Gajah Putih” (2016).

Bahagian Pembelajaran

Siri karya ini merupakan sebuah koleksi potret yang diperbuat daripada kertas-kertas yang dilipat kecil membentuk potret-potret diri dan keluarganya. Di setiap helaian kertas tersebut, terdapat kata-kata mutiara yang diwarisi dari keluarganya sejak turun-temurun.

  • Pada pendapat anda, apakah yang cuba disampaikan oleh seniman ini? Apakah perasaan anda apabila melihatnya?

  • Dengan melihat kepada potret diri seniman atau adiknya ini, apa yang boleh kita tahu tentang diri dan/atau keluarga seniman ini?

  • Pada pendapat anda, apakah kepentingan potret dalam bidang seni? Apakah tujuan seniman ini menulis kata-kata Mutiara dalam karya tersebut? Apakah kaitan kata-kata yang tertulis itu dengan identiti?

  • Walaupun karya ini mencerminkan kehidupan peribadi si seniman, karya seni adalah bersifat subjektif dan memberi makna yang berbeza kepada pengamat yang berbeza. Selepas melakukan perbincangan ini, apakah makna karya seni ini kepada anda?


Tugasan

  • Dengan menggunakan bahan-bahan berbeza, cuba hasilkan kolaj potret diri yang mencerminkan identiti anda. Hasilkan juga potret ahli keluarga anda menggunakan cara yang sama.