Art Detail | Ilham Gallery
Red Scarf
 TAMBAH KE ALBUM
Red Scarf
2017

Seni Anju Doyida kekal berakarkan figuratif melalui karya-karya beliau yang penuh dengan nilai-nilai emosi yang unik bahasa artistiknya. Diri beliau kerap tertonjol di dalam konteks gambar yang bersilih-ganti. Ini ialah siasatan tatapan dalaman dengan rasa kesedaran yang tinggi dan berupa kaji diri. Karya-karya beliau mendesak pemerhati mengungkai cerita-cerita yang tidak terpapar (kebiasaannya) melalui protagonis wanita, namun tidak pernah mendedahkan keseluruhan naratifnya.

Maklumat
Media:
Cat air dan arang atas kertas
Dimensi:
106.7 x 76.2 cm
Tarikh:
2017
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Anju Dodiya
Tentang Anju Dodiya

Dilahirkan di Mumbai pada tahun 1964, Dodiya lulus Sekolah Seni Sir Jamsetjee Jeejebhoy Mumbai pada tahun 1986. Persona beliau kerap

muncul pada watak utama karya-karyanya. Cat airnya yang ekspresif padat emosi serta dijalini kesedaran dan soalan diri; ia menawarkan kepada kita detik-detik daripada ‘perbincangan peribadi yang berlaku ketika berseorangan”, namun tidak memberi naratif sepenuhnya. Inspirasi dicedok daripada artis-artis lain, termasuk penulis Sylvia Plath, pengarah filem Ingmar Bergman, pelukis Renaisans Awal Piero della Francesca dan Giotto. Pengaruh dikesan juga daripada corak ketara dan warna terang dewangga Perancis Zaman Pertengahan dan cetakan Ukiyo-e Jepun. Beliau pernah berpameran solo di New York, India dan Singapura.