Art Detail | Ilham Gallery
Untitled
 TAMBAH KE ALBUM
Untitled
2016

Akibat mengalami trauma zaman kanak-kanak sebagai pendatang mujahir India ke Pakistan, Waseem Ahmed memilih lukisan miniatur sebab itulah media yang dapat menggambarkan subjek yang menyakitkan dengan cara yang halus. Walaupun memberi fokus kepada isu politik semasa, komentar beliau biasanya agak rumit disebabkan kemasukan simbol dan imejan secara sembarangan daripada berbagai agama besar di dunia. Apa yang terhasil adalah pengadunan imejan tradisional dan kontemporari yang membawa para pemerhati untuk memikir tentang akar umbi keganasan dan sama ada masa lepas sebenarnya sudah mati.

Maklumat
Media:
Pigmen warna, daun emas atas kertas Wasli
Dimensi:
29.2 x 21.3 cm
Tarikh:
2016
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Waseem Ahmed
Tentang Waseem Ahmed

Lahir di Hyderabad, Pakistan pada tahun 1976, Waseem kini bertempat di Lahore, di mana beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Seni Halusnya daripada Maktab Seni Nasional. Setelah menyaksi dengan sendiri pertikaian dan sikap benci manusia, karya beliau memandang kritikal isu-isu sosial, politik dan budaya. Keluarganya berhijrah dari India ke Sindh, Pakistan pada tahun 1947, dan membesar sebagai muhajir (pendatang) di Sindh, Waseem, menerusi karyanya, menentang sikap sosial yang menyokong penindasan, pembencian dan pengganasan. Beliau telah memilih untuk mempernyatakan keadaan keji dan hodoh ini menerusi pengkaryaan lukisan miniatur yang indah dan halus. Karya beliau telah dipamerkan dengan meluas di Eropah dan Asia; dikumpul dalam beberapa koleksi awam dan peribadi, termasuk Muzium British di London dan Koleksi Anupam Poddar di India. Beliau kini membahagikan masanya di antara melukis dan mengajar di Jabatan Seni Miniatur Maktab Seni Nasional di Lahore.