Art Detail | Ilham Gallery
Illustration from Memory II: Aku & Alam Setiaku 1998 – 2003 Farewell
 TAMBAH KE ALBUM
Illustration from Memory II: Aku & Alam Setiaku 1998 – 2003 Farewell
2004

Ise, namanya yang lebih dikenali, bermain dengan berbagai media dan pendekatan. Beliau kerap berkarya secara berkumpulan, melibatkan berbagai komuniti dengan sejarah peribadi, dan juga sebuah kumpulan teras ‘Superfriends’. Sementara Illustration from Memory I & II dan So Close I & II dilihat sebagai tapestri pengalaman beliau di awal karier sebagai artis, Till Kingdom Come pula ialah sebuah jurnal visual muhasabah diri terhadap susah payah yang dihadapi beliau. Dalam dia mencungkil memorinya, beliau juga menghadapi masa kini, merakam kejadian seperti bencana tsunami 2004. Namun, seperti biasa, karya beliau mempunyai unsur main-main, mengguna berlapisan kertas, penuh dengan memorabilia, dan walaupun selalu menyentuh tema keselamatan dan kehilangan keyakinan, ia memegang juga kepada harapan.

Maklumat
Media:
Media campuran atas kertas
Dimensi:
43 x 53 cm
Tarikh:
2004
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Roslisham Ismail "Ise"
Tentang Roslisham Ismail "Ise"

Roslisham, lebih dikenali sebagai Ise, lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1972. Beliau minat menyentuh hal berkaitan dengan perhubungan sosial, silih ganti generasi dan silangan budaya, kelas dan geografi. Pengkaryaan beliau merangkumi lakaran, kolaj, video, objek pungutan, penerbitan, instalasi berpeserta dan situasi. Ise bekerja secara kerjasama dan selalunya bersempena jaringan sahabat yang digelarnya “Superfriends”, yang bertempat di merata dunia. Dia adalah pengasas Parking Project dan pengasas bersama sentAp!, sebuah penerbitan seni dwibahasa suku tahunan. Dia telah berkarya dengan meluas, tidak kurangnya di arena antarabangsa; pameran-pameran seperti dengan OUR ArtProjects (2018) di Kuala Lumpur; Galeri ILHAM (2016); Balai Seni Visual Negara (2007); Residency Unlimited di New York (2016); Archipel Secret, Palais de Tokyo, Paris (2015); Operation Bangkok, Galeri Universiti

Bangkok (2014); Biennale Seni Asia, Taiwan (2013 dan 2019); Biennale Singapura (2011); dan Biennial Sharjah (2019). Ise meninggal dunia pada 23 Julai, 2019.


Bahagian Pembelajaran

Perbincangan 


  • Kita merasa rapat dengan karya-karya seni kerana para seniman kebiasaannya menghasilkan karya-karya seni berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka sendiri. Dalam siri lukisan ini, Ise menceritakan pengalamannya menjadi seorang seniman dan segala kepayahan yang beliau hadapi. Karyanya boleh dilihat sebagai sebuah siri potret diri melalui perlambangan visual untuk segala cabaran yang dihadapinya seperti tidak yakin diri, negativiti, serta kurangnya sokongan. Kenapakah beliau menggambarkan saat-saat sulit ini dalam gaya seperti kanak-kanak? Adakah dengan memanfaatkan tanda-tanda visual yang ada dalam lukisan kanak-kanak menjadikan karya seniman itu lebih langsung dan berbicara?


Tugasan


  • Bawa sebuah buku lakaran atau jurnal ke mana-mana anda pergi selama seminggu. Lakarkan benda-benda yang anda lihat dan tulis catatan tentang perkara-perkara yang anda fikirkan (boleh jadi falsafah ataupun catatan biasa). Cuba tampalkan barangan kenangan (gambar, tiket, risalah, dll.) yang menandakan apa sahaja yang telah anda lakukan, dan apa sahaja minat anda. Lama-lama, segala idea dan catatan yang anda simpan di dalam jurnal anda itu boleh menjadi inspirasi untuk karya-karya anda pada masa hadapan.