Art Detail | Ilham Gallery
Ahon!
 TAMBAH KE ALBUM
Ahon!
2018

Karya Feleo membuat komentar terhadap perubahan dan peralihan dalam masyarakat Filipina moden. Makna Ahon! ialah sesuatu yang ditarik keluar dari air atau menuju ke atas, dan Pinutakte bermakna dikerumuni tebuan. Siri arca ini menunjukkan minat Feleo dengan perjuangan rumit untuk menghapus warisan kolonial di Filipina, terutama sekali dari segi identiti nasional dalam suasana sejarah negara dengan kuasa-kuasa kolonial.

Maklumat
Media:
Media campuran
Dimensi:
45.7 x 17.8 x 17.8 cm
Tarikh:
2018
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Roberto Feleo
Tentang Roberto Feleo

Lahir di Manila pada tahun 1954, Feleo seorang pengarca lulusan Seni Halus daripada Universiti Wanita Filipina pada tahun 1982, dan kemudiannya mempelajari Sejarah Seni di Universiti Filipina. Minat beliau ialah pada sejarah awal Filipina dan kajian kesan kolonialisme pada negara. Feleo telah menyertai pameran antarabangsa seperti Triennial Seni Kontemporari Asia Pasifik (1999).