Art Detail | Ilham Gallery
Delicate Shell of Self
 TAMBAH KE ALBUM
Delicate Shell of Self
2007

Delicate Shell of Self adalah sebahagian daripada pameran pertama Utai, ‘Only Appearance’ (2007). Karya ini berupa bentuk tubuh manusia yang bersila bermeditasi. Ianya dibentuk berpadu dan geometrik di sebelah luar, tetapi kosong di dalam, seolah-olah membuat rujukan kepada kata-kata terkenal daripada Heart Sutra Buddhisme:

‘Bentuk adalah kekosongan; kekosongan adalah bentuk’. Walaupun diri itu nampak pejal sepadu dan kekal, ianya hanyalah cangkerang yang mengandungi diri yang telap, cair dan tidak kekal. Berdepan dengan arca sebesar hidup ini, pemerhati mungkin bertanya, apakah diri sebenarnya?
Maklumat
Media:
Arca kayu jati
Dimensi:
235 x 153 x 83 cm
Tarikh:
2007
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Utai Nopsiri
Tentang Utai Nopsiri

Lahir di Chachoengsao, Thailand pada tahun 1970, Utai mula-mulanya mempelajari lukisan di Universiti Silpakorn. Tetapi setelah menanam minat kepada kesan ilusi yang dijalini oleh dimensi dan jarak, beliau lebih menekan kerja pengarcaan. Karya beliau kebanyakannya berupa arca abstrak daripada kayu yang telah diusahakannya dengan susah payah tanpa bantuan peralatan eletrik. Dengan dipengaruhi falsafah Buddhisme dan Taoisme, Utai banyak meneroka tema kekosongan, persepsi, dan kesementaraan dalam karyanya, yang telah luas dipamerkan dan diberi sanjungan, termasuk hadiah ketiga bagi arca di Pameran Seni Nasional Bangkok ke-51 (2005), dan tempat kedua serta Hadiah Bank Krung Thai dalam Pameran Seni Nasional Bangkok ke-52 (2006).