Art Detail | Ilham Gallery
Left Wing Project (Jalan Kiri Belok Terus) Wing 10
 TAMBAH KE ALBUM
Left Wing Project (Jalan Kiri Belok Terus) Wing 10
2018

Left Wing Project (Jalan Kiri Belok Terus) adalah suatu siri karya yang mengkaji pergelutan rumit sosio-politik dalam masyarakat petani Asia semasa. Karya ini yang diperbuat daripada berbilah alat sabit tempaan tangan yang diperolehi dari merata Yogyakarta, Indonesia, dan diperbentuk menyerupai sayap kiri malaikat, merujuk kepada sejarah Yogyakarta dan masyarakat tukangan besinya yang tersingkir. Kritikan puitis kedua-dua pelukis ini tentang ekonomi duniawan terjalin dalam sentakan di antara berat pikulan dan ringan perhatian.

Maklumat
Media:
Kayu dan sabit
Dimensi:
163 x 210 cm
Tarikh:
2018
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Alfredo and Isabel Aquilizan
Tentang Alfredo and Isabel Aquilizan

Alfredo Juan dilahirkan pada tahun 1962 di Ballesteros, Cagayan Filipina, dan Isabel Aquilizan y Gaudinez pada tahun 1965 di Manila. Kerjasama pasangan artis suami isteri ini telah berkembang dalam lingkungan keluarga, masyarakat, dan juga hubungan dengan artis-artis lain. Sudah beberapa tahun mereka meneroka pengertian ‘rumah tangga’ dan ‘kekeluargaan’, dalam perjalanan mereka yang luas mencari kerja, menemui dan memahami semula tanggapan ‘identiti’, sambil menempuhi kesusahan perpindahan. Mereka kini bertempat di Brisbane, Australia bersama lima anak mereka. Berdua, mereka telah menyertai beberapa pameran antarabangsa, termasuk Pameran Seni Antarabangsa Biennale di Venezia (2003); Biennale Gwangju ke 5 (2004); Biennale Sydney ke 15 (2006); Biennale Singapura (2008); Biennial Liverpool (2010); dan Biennial Sharjah (2013).

Sumber: Medium

Bahagian Pembelajaran

Perbincangan


Bulu dan sayap merupakan simbol-simbol yang sering dikaitkan dengan kebebasan, keringanan dan kesucian. Walau bagaimanapun, dalam karya ini simbol-simbol tersebut dipertentangkan dengan elemen-elemen duniawi dan ketajaman bahannya.


  • Apakah yang si seniman cuba buktikan melalui pertentangan ini?

  • Elemen-elemen duniawi dibuktikan melalui penggunaan kayu dan sabit. Apakah makna di sebalik bahan-bahan ini?

  • Dengan memerhatikan karya ini secara keseluruhan, apakah makna-makna baru bagi bulu dan sayap itu? Berikan pendapat anda.


**Seperti karya Adeela Suleman, kedua-dua seniman ini menggabungkan tema-tema yang berlawanan. Apakah persamaan dan perbezaan bagi kedua-dua karya tersebut?


Tugasan


Alfredo dan Isabel Aquilizan sering menggunakan objek-objek harian dalam karya-karya mereka. Mereka juga adalah suami isteri dan selalu bekerjasama dengan masyarakat dan mengundang masyarakat untuk turut terlibat dalam penghasilan sesebuah karya. Untuk karya ini, mereka ke Yogyakarta di Indonesia dan bekerjasama dengan para

seniman, petani, dan tukang besi di sana.

  • Pergi berjalan di luar rumah, di sekitar sekolah, di belakang rumah atau di kawasan kejiranan anda, dan lihat objek-objek semulajadi yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan sebuah karya. Objek-objek tersebut misalnya daun, ranting, benih, ataupun bulu burung.