Art Detail | Ilham Gallery
Untitled
 TAMBAH KE ALBUM
Untitled
2015

Walaupun lakaran kerap muncul dalam repertoire Mithu Sen, ianya sangat berbeza dari segi tema dan kaedah pengkaryaan. Bergantungan kepada konteks, ianya boleh dinikmati sebagai objek tersendiri atau lebih bermakna lagi jika didekati sebagai sebahagian daripada persembahan yang lebih luas dan rumit. Siri ini khususnya memaparkan bahagian-bahagian tubuh manusia yang tidak jelas perhubungannya dengan bentuk hidupan yang lain. Kerap kali pelukis cuba melampaui kongkongan beban budaya yang mengiringi bahasa penulisan formal; beliau sebut tentang “Pengalaman Mithu”, di mana para pemerhati terpikat dengan anasir yang muncul dalam karya, dan dalam tidak memahami maknanya, jadi terbawa untuk mendalami, seterusnya membawa kepada keadaan emosi yang jelas lebih meluap.

Maklumat
Media:
Media campuran atas kertas
Dimensi:
38 x 27 cm
Tarikh:
2015
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Mithu Sen
Tentang Mithu Sen

Dilahirkan di Bengal Barat, Sen tinggal dan bekerja di New Delhi. Dia memperolehi ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam lukisan daripada Kala Bhavan di Santiniketan sebelum menyempurnakan program pascasiswazahnya di Sekolah Seni Glasgow di Scotland. Seorang pengembara yang bersemangat, kebanyakan karyanya diilhami perjalanan dan pengalamannya. Instalasi dan lukisan beliau mengkontraskan skala, subjek dan juga genre, dan beliau selalu berkarya secara spontan dengan melompat di antara dua jenis pengkaryaan. Satu kebiasaan dalam ciri karyanya ialah koleksi motif-motifnya yang agak pelik, di mana dia dengan senang memusnahkan cara atau tanggapan biasa tentang kewanitaan dan seksualiti. Mendampingkan yang halus di samping yang besar dan kasar, menggabungkan haiwan, manusia dan benda-benda tak bernyawa, mencampur aduk lakaran, catan dan kolaj, karya-karya Sen menghasut secara seloka, dan pada masa yang sama mendesak audiensnya memberi pertimbangan yang serius. Karya-karya multimedianya yang bersifat provokatif dan menghasut ini telah memberikannya Anugerah Skoda pertama sewaktu pelancarannya pada tahun 2010.