Art Detail | Ilham Gallery
Sabah Tanah Airku
 TAMBAH KE ALBUM
Sabah Tanah Airku
2017

Karya diptik besar cetakan kayu oleh kumpulan seni di Sabah ini memaparkan dua wawasan Sabah yang berbeza. Yang pertama ialah gambaran Negeri Sabah yang indah, aman dan makmur, dengan muka-muka bersenyuman mendepani pemandangan Gunung Kinabalu, dengan kata-kata “Sabah Negeri Merdeka”, daripada lagu Negeri Sabah. Yang kedua menyatakan realiti yang Sabah hadapi, menimbulkan isu-isu korupsi, pembalakan haram, ancaman persekitaran dan krisis pendatang.

Maklumat
Media:
Cetakan ukiran kayu dan dakwat ofset atas bidai
Dimensi:
414.5 x 300 cm (each)
Tarikh:
2017
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Pangrok Sulap
Tentang Pangrok Sulap

Pangrok Sulap ialah sebuah kumpulan kolektif seni yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini mempunyai 15 orang ahli. “Pangrok” ialah “punk rock” dalam sebutan bahasa harian, dan “sulap” bermakna “pondok” dalam bahasa Dusun tempatan. Kumpulan ini mula berkumpul pada 2010 untuk melakukan kerja-kerja amal di sekolah luar bandar, rumah anak yatim dan rumah orang kurang upaya. Mereka memulakan cetakan kayu pada 2012, membuat sepanduk dan poster untuk meningkatkan kesedaran tentang isu sosial dan alam sekitar dalam komuniti serantau Borneo. Hari ini mereka mencipta karya yang berskala besar dan terperinci, menggambarkan naratif yang berkaitan dengan isu-isu penting di Sabah — daripada pembalakan haram kepada rasuah penguasa.

Bahagian Pembelajaran

Perbincangan

  • Karya yang terdiri daripada dua papan berbeza ini berbicara tentang kepelbagaian realiti di Sabah. Bandingan kedua-duanya. 

    1. Perhatikan papan pertama yang menggambarkan negeri Sabah yang mempesonakan. Terangkan dengan terperinci apa anda lihat. Cuba teka tokoh-tokoh dan penanda-penanda tempat di Sabah yang anda kenal. Berikan alasan kenapa mereka dianggap sebagai wakil negeri Sabah?

    2. Sekarang perhatikan papan kedua yang lebih gelap berbanding sebelumnya. Cari elemen-elemen yang melambangkan layanan yang tidak adil terhadap tanah dan masyarakat negeri Sabah sehingga menyebabkan berlakukan masalah persekitaran dan rasuah.

    3. Dalam papan pertama terdapat baris akhir lagu negeri Sabah yang berbunyi “Sabah Negeri Merdeka”. Baris ini mencerminkan kebanggaan dan semangat orang Sabah. Bagaimanakah elemen dalam papan pertama ini membantu anda dalam meneliti papan kedua? Kenapakah baris akhir lagu negeri Sabah itu penting dalam karya ini?

  • Dengan melihat kepada karya ini secara keseluruhan, kenapa seniman ini memilih untuk menayangkan dua versi Sabah yang bertentangan secara bersama dalam karya ini? Kenapa tidak mengasingkan sahaja kedua-duanya? Jelaskan kenapa.

Tugasan

  • Paparkan dua sisi bertentangan untuk kota atau kawasan kejiranan anda melalui karya seni anda sendiri. Masukkan objek, simbol, atau imej yang mewakili kawasan anda itu.