Artist Detail | Ilham Gallery
Pangrok Sulap
2010, Malaysia
Pangrok Sulap
2010, Malaysia

Pangrok Sulap ialah sebuah kumpulan kolektif seni yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini mempunyai 15 orang ahli. “Pangrok” ialah “punk rock” dalam sebutan bahasa harian, dan “sulap” bermakna “pondok” dalam bahasa Dusun tempatan. Kumpulan ini mula berkumpul pada 2010 untuk melakukan kerja-kerja amal di sekolah luar bandar, rumah anak yatim dan rumah orang kurang upaya. Mereka memulakan cetakan kayu pada 2012, membuat sepanduk dan poster untuk meningkatkan kesedaran tentang isu sosial dan alam sekitar dalam komuniti serantau Borneo. Hari ini mereka mencipta karya yang berskala besar dan terperinci, menggambarkan naratif yang berkaitan dengan isu-isu penting di Sabah — daripada pembalakan haram kepada rasuah penguasa.