Artist Detail | Ilham Gallery
Syed Thajudeen
1943, Malaysia
Syed Thajudeen
1943, Malaysia

Syed Thajudeen Saik Abu Talib (l. 1943, Alagankulam, India) ialah seorang pelukis veteran yang pernah tinggal dan belajar di India dan Malaysia. Beliau membesar di kampung Alagankulam tetapi menghabiskan masa remajanya sebagai pelajar di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta dalam pameran berkumpulan yang pertama kali diadakan di Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang pada tahun 1965. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat pasca diploma dalam bidang Seni Halus di Government College of Arts and Crafts di Madras dan pulang ke Malaysia untuk menjadi pensyarah di Institut Teknologi MARA dari tahun 1974 hingga 1976. Syed Thajudeen telah berpameran di pelbagai tempat di seluruh dunia. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penghormatan kepada beliau dengan mengadakan sebuah pameran solo bertajuk Retrospective di Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang.