Artist Detail | Ilham Gallery
Tajuddin Ismail
1949, Malaysia
Tajuddin Ismail
1949, Malaysia

Tajuddin Ismail (l. 1949, Negeri Sembilan, Malaysia) mendapat pendidikan Seni Halus di Institut Teknologi MARA (ITM) di Malaysia dan melanjutkan pelajarannya dalam Rekaan Grafik di Art Center College of Design di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau melengkapkan pendidikan pasca graduan dalam Seni Bina Dalaman di Pratt Institute di New York, Amerika Syarikat. Pada tahun 1987, beliau dianugerahkan Fulbright Research Fellowship oleh American Council Learned Societies of New York. Sebahagian dari gerakan semi-abstrak pada lewat tahun 1970-an dan awal 1980-an, catan abstrak Tajudin menggabungkan kualiti lukisan linear bersama sapuan berus ekspresif dan warna yang dinamik.