Art Detail | Ilham Gallery
Kebebasan Asasi / Fundamental Liberties
 TAMBAH KE ALBUM
Kebebasan Asasi / Fundamental Liberties
2015

Karya Yee I-Lann,  Hak Asasi/Fundamental Liberties, menampilkan skrin LED dengan teks bergerak, yang ditulis dalam tujuh bahasa berbeza yang digunakan di Malaysia, yang menyenaraikan beberapa fasal dalam Perlembagaan Malaysia berkaitan konsep kebebasan-kebebasan asasi. Karya itu meletakkan semula klausa-klausa yang menjadi asas kepada penubuhan negara ini ke tempat yang sewajarnya. Ia mengaitkan sumber teks tersebut dengan pengalaman-pengalaman piktorial yang membentuk negara Malaysia, Ia justeru menyimpulkan bahawa kedua-dua lapangan (tekstual dan piktorial) yang kena mengena dengan cara kita melihat diri kita sesungguhnya saling berhubungan.

Maklumat
Media:
LED elektronik bersama diod merah
Dimensi:
48 x 640 cm
Tarikh:
2015
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Yee I-Lann
Tentang Yee I-Lann

Yee I-Lann (l. 1971, Sabah, Malaysia Borneo) kini menetap di Kota Kinabalu di negeri Sabah. Praktik fotomedia beliau mengangkat sejarah bergolak kepulauan Asia Tenggara dengan mengetengahkan isu-isu seperti kolonialisme dan neo-kolonialisme, kuasa dan juga impak memori sejarah dalam pengalaman sosial, kerap memfokuskan kepada naratif balas “sejarah dari akar”. Beliau menggunakan perbendaharaan yang kompleks dan berlapis yang merujuk kepada sejarah, budaya popular, arkib dan objek harian. Kini beliau sedang bekerjasama dengan masyarakat laut dan darat menggunakan bahan pribumi di Sabah. Beliau pelopor bersama The Ricecooker Archives: Southeast Asian Rock ‘n’ Roll Treasury bersama rakan kongsi Joe Kidd dan terbabit dalam industri filem Malaysia sebagai pereka produksi. Kini beliau ahli lembaga Forever Sabah dan Tamparuli Living Arts Center (TaLAC), kedua-duanya di Sabah.


Bahagian Pembelajaran
  • Judul karya ini adalah Fundamental Liberties. Ia merujuk kepada hak-hak dan kebebasan manusia yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Adakah anda tahu apakah hak-hak tersebut? Adakah hak-hak itu sama di negara-negara lain? Apakah hak asasi manusia yang paling penting? Adakah kehilangan sesuatu hak itu bukan suatu masalah?

  • Seniman ini menterjemahkan perkataan “fundamental liberties” kepada tujuh bahasa yang digunakan di Malaysia. Bolehkah anda sebutkan tujuh bahasa tersebut? Kenapa seniman ini menterjemahkan perkataan-perkataan tersebut ke dalam bahasa-bahasa ini? Apakah yang seniman ini cuba sampaikan?