Art Detail | Ilham Gallery
Malaysiana Series: Through Rose Coloured Glasses
 TAMBAH KE ALBUM
Malaysiana Series: Through Rose Coloured Glasses
2015

Karya Malaysiana Series: Through Rose Coloured Glasses oleh Yee I-Lann menyusun pelbagai harapan serta impian rakyat Malaysia biasa. Siri ini diolah menggunakan foto yang dijumpai. Dia menghasilkan rangkaian tipologi daripada potret studio yang biasa diambil oleh keluarga untuk merakam acara penting, sebelum berkembangnya teknologi fotografi digital. Dengan menyusun bersama berbagai gambar keluarga yang meraikan peristiwa yang serupa, I-Lann ingin menonjolkan bagaimana dalam ianya merakam detik-detik keluarga tertentu, ia juga adalah hasil pengalaman sejarah yang dilalui bersama.

Maklumat
Media:
Instalasi kotak lampu
Dimensi:
102 x 1,825 cm
Tarikh:
2015
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Yee I-Lann
Tentang Yee I-Lann

Yee I-Lann (l. 1971, Sabah, Malaysia Borneo) kini menetap di Kota Kinabalu di negeri Sabah. Praktik fotomedia beliau mengangkat sejarah bergolak kepulauan Asia Tenggara dengan mengetengahkan isu-isu seperti kolonialisme dan neo-kolonialisme, kuasa dan juga impak memori sejarah dalam pengalaman sosial, kerap memfokuskan kepada naratif balas “sejarah dari akar”. Beliau menggunakan perbendaharaan yang kompleks dan berlapis yang merujuk kepada sejarah, budaya popular, arkib dan objek harian. Kini beliau sedang bekerjasama dengan masyarakat laut dan darat menggunakan bahan pribumi di Sabah. Beliau pelopor bersama The Ricecooker Archives: Southeast Asian Rock ‘n’ Roll Treasury bersama rakan kongsi Joe Kidd dan terbabit dalam industri filem Malaysia sebagai pereka produksi. Kini beliau ahli lembaga Forever Sabah dan Tamparuli Living Arts Center (TaLAC), kedua-duanya di Sabah.


Bahagian Pembelajaran

  • Perhatikan kumpulan-kumpulan masyarakat yang terdapat di dalam karya ini. Apakah elemen-elemen yang dikongsi bersama dalam gambar-gambar ini? Apakah yang anda lihat pada latar belakang, susun atur dan penggayaan setiap ahli keluarga yang berlainan? Apakah perbezaan yang ada bagi setiap gambar?

  • Adakah anda atau keluarga anda memiliki gambar-gambar yang diambil di studio gambar atau oleh jurugambar profesional? Bila dan kenapa gambar itu diambil? Dimanakah anda menyimpan gambar-gambar itu dan bila selalunya anda melihatnya? Suatu ketika dahulu, kamera merupakan suatu barangan mewah. Mengambil gambar di studio adalah lebih murah berbanding mengambil sendiri gambar anda. Pada hari ini, hampir setiap orang memiliki alat mengambil gambar digital. Bagaimanakah teknologi telah mengubah cara kita mengambil gambar? Adakah anda mengambil gambar keluarga anda menggunakan alat digital? Apakah perbezaan-perbezaannya dengan gambar-gambar ini? Dimanakah gambar-gambar itu disimpan dan bilakah anda melihatnya?

  • Apakah yang dimaksudkan dengan “through rose coloured glasses”? Kenapakah seniman ini menggunakan frasa itu sebagai judul karya ini? Gambaran Malaysia tahun 1970-an yang sebagaimana diceritakan oleh gambar-gambar ini?