Art Detail | Ilham Gallery
Siri Wayang – Merindung
 TAMBAH KE ALBUM
Siri Wayang – Merindung
1998

Palet warna dan gaya lukisan mirip lukisan figura Willem de Kooning, artis Ekspresionis Abstrak Amerika. 


Pada tahun 1997-1998 Yusof beralih antara dua tema: topeng dan wayang. Berbeza daripada siri ‘Topeng’, siri ‘Wayang’ merujuk kepada aspek identiti dalam gerak-laku. Bentuk bercorak ‘totem’ dilukiskan seperti bergerak-geri dan bertingkahan laku. Ilham ‘Wayang’ dikatakan muncul daripada sebuah buku sejarah wayang kulit dan minat beliau kepada teater dan filem. Karya ini pernah dipamer di Galeri Citra di Kuala Lumpur dan Galeri Jenkins Johnson di San Francisco pada tahun 1997, dan di Galeri Artfolio di Singapura pada tahun 1998.

Maklumat
Media:
Akrilik dan arang atas kanvas
Dimensi:
76 x 122 cm
Tarikh:
1998
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Yusof Ghani
Tentang Yusof Ghani

Yusof Ghani (lahir 1950, Johor) seorang artis, penulis, pengajar dan kurator. Pada tahun 1979, beliau menerima biasiswa untuk belajar Seni Grafik di Universiti George Mason, Amerika Syarikat. Beliau kemudian memperoleh ijazah Sarjana di Universiti Katolik, Washington DC. Tesisnya tentang 'tarian budaya', menjadi tema berulang dalam karyanya. Dahulunya profesor madya di UiTM, Yusof Ghani dianggap seorang artis abstrak terkemuka Malaysia. Karya abstraknya yang membayangi figura seperti siri Tari dan Topeng, menimbulkan perdebatan tentang figura dan Islam.

Bacaan Selanjutnya

  • Mozhgan Ramezani, ‘A study of Yusof Ghani’s artworks: The “Wajah” series paintings from 2006 to 2010’, MA thesis, in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Visual Arts’, Cultural Centre Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2015.

  • ‘Segerak Yusof Ghani’, Muliyadi Mahamood, 2004.

  • ‘Yusof Ghani: Hijau’, Galeri Petronas, 2002.

  • ‘Yusof Ghani: Drawings’, Rusli Hashim Fine Art, 1997. 

  • ‘Siri Tari: Topeng’, Rusli Hashim Fine Art, 1996