Dalam ‘Siri Segerak’ Yusof berbalik kepada tubuh manusia dan tarian, dan minatnya kepada pemaparan pergerakan di kanvas. Bezanya, kali ini pengolahan bentuk manusia lebih lembut, berbanding dalam ‘Tari’ (1984-1991). Dengan sapuan berus yang ekspresif, ‘Segerak VI’ meraikan keindahan pergerakan, kontur anggota badan melebur antara satu sama lain dalam kaburan dan alunan irama ayun-temayun.
Yusof Ghani (lahir 1950, Johor) seorang artis, penulis, pengajar dan kurator. Pada tahun 1979, beliau menerima biasiswa untuk belajar Seni Grafik di Universiti George Mason, Amerika Syarikat. Beliau kemudian memperoleh ijazah Sarjana di Universiti Katolik, Washington DC. Tesisnya tentang 'tarian budaya', menjadi tema berulang dalam karyanya. Dahulunya profesor madya di UiTM, Yusof Ghani dianggap seorang artis abstrak terkemuka Malaysia. Karya abstraknya yang membayangi figura seperti siri Tari dan Topeng, menimbulkan perdebatan tentang figura dan Islam.
‘Dari Tari ke Topeng: Profil Artistik Yusof Ghani’, T.K. Sabapathy
Mozhgan Ramezani, ‘A study of Yusof Ghani’s artworks: The “Wajah” series paintings from 2006 to 2010’, MA thesis, in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Visual Arts’, Cultural Centre Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2015.
Segerak Yusof Ghani. 2004. Muliyadi Mahamood.
Yusof Ghani: Hijau 1998-2002. 2002. PETRONAS.
‘Yusof Ghani: Drawings’, Rusli Hashim Fine Art, 1997.
‘Siri Tari: Topeng’, Rusli Hashim Fine Art, 1996.