Art Detail | Ilham Gallery
Ombak
 TAMBAH KE ALBUM
Ombak
2013

Karya ini mencungkil perasaan kuasa dan keagungan alam. Dalam menggambarkan gelombang air, sapuan berusnya yang ekspresif memberi pergerakan dan tenaga, menanda potensi kuasa pembinasaan alam. Ini bukan ombak pantai tenang yang menjemput, tetapi laut garang yang boleh membawa malapetaka, mengingatkan kita bencana tsunami 2004 yang meragut ribuan jiwa.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kain rami
Dimensi:
182 x 152 cm
Tarikh:
2013
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Yusof Ghani
Tentang Yusof Ghani

Yusof Ghani (lahir 1950, Johor) seorang artis, penulis, pengajar dan kurator. Pada tahun 1979, beliau menerima biasiswa untuk belajar Seni Grafik di Universiti George Mason, Amerika Syarikat. Beliau kemudian memperoleh ijazah Sarjana di Universiti Katolik, Washington DC. Tesisnya tentang 'tarian budaya', menjadi tema berulang dalam karyanya. Dahulunya profesor madya di UiTM, Yusof Ghani dianggap seorang artis abstrak terkemuka Malaysia. Karya abstraknya yang membayangi figura seperti siri Tari dan Topeng, menimbulkan perdebatan tentang figura dan Islam.

Bacaan Selanjutnya

  • Ombak : ‘Nafas Hidup’, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, 2014.

  • Mozhgan Ramezani, ‘A study of Yusof Ghani’s artworks: The “Wajah” series paintings from 2006 to 2010’, MA thesis, in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Visual Arts’, Cultural Centre Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2015. 

Bahagian Pembelajaran

  • Teliti lukisan ini dan bayangkan ianya seperti ombak yang akan menghempas ke arah anda. Apakah perasaan anda? Adakah pernafasan anda akan menjadi kencang atau perlahan? Apakah bunyi-bunyi bising yang anda akan dengar? Apakah yang anda akan buat?

  • Penerangan dalam karya ini menjelaskan kepada kita bahawa karya ini adalah tentang malapetaka Tsunami pada tahun 2004. Adakah maklumat ini mengubah cara pandang anda terhadap lukisan ini? Apakah aspek-aspek tsunami yang ditonjolkan? Apakah yang tidak ditunjukkan dalam lukisan ini?

  • Ramai seniman berhadapan dengan cabaran untuk menggambarkan air dalam lukisan mereka. Cahaya dan bayang serta kejernihan permukaan merupakan sumber-sumber yang menentukan kecantikan sesebuah karya. Namun, ianya turut menjadi masalah kepada para pelukis. Apa kata anda mencubanya? Ambil gambar cahaya di atas permukaan air, baik di tasik, kolam renang atau dalam gelas. Cuba lukiskan apa yang anda lihat.