Art Detail | Ilham Gallery
A Prancing Horse
 TAMBAH KE ALBUM
A Prancing Horse
1992

Kebanyakan lukisan Lee Joo For menampilkan motif kegemarannya, iaitu kuda. Kuda merupakan haiwan yang penting dalam sejarah dan mitologi orang Cina kerana ia haiwan peliharaan jinak yang paling kuat. Ketika beliau melukis kuda, Joo For menekankan kekuatan dan ketangkasan haiwan itu menerusi sapuan berus yang tebal dan laju, dengan keagresifan kuda yang terkawal kelihatan menolak dan menekan bingkai lukisan. Karya ini juga unik kerana menggabungkan medium tradisional dakwat Cina dengan pemahaman modenis tentang kelajuan untuk secara kreatif merakamkan kedinamikan kuda yang sedang bergerak.

Maklumat
Media:
Dakwat China dan akrilik atas kertas
Dimensi:
59 × 82 cm
Tarikh:
1992
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Lee Joo For
Tentang Lee Joo For

John Lee Joo For (lahir 1929, Penang – meninggal 2017, Melbourne, Australia) telah digelar "pelukis simbolik" oleh Syed Ahmad Jamal, rakan sekerjanya. Dia telah diberi biasiswa kerajaan untuk mengikuti pengajian di Brighton College of Art, Camberwell School of Art dan Royal College of Art, di England. Pada tahun 1973, dia sekeluarga telah berpindah ke Melbourne, Australia. Terkenal dengan catan simboliknya, dia juga seorang pengarca dan pembuat cetakan yang mahir. Kuda merupakan motif berulang dalam karyanya mungkin kerana kebiasaan beliau dengan perlambangan Cina (bapanya ahli kaligrafi Cina). Selain seni, dia juga seorang penulis drama yang mahir, dan telah menulis beberapa drama pentas dan muzikal, kadangkala berunsurkan Kristian mubaligh.

Bacaan Selanjutnya
Bahagian Pembelajaran
  • Apakah tindak balas pertama anda apabila melihat lukisan ini? Tuliskan 3 kata sifat, 3 kata nama, dan 2 kata kerja. Apakah perasaan anda apabila melihat lukisan ini? Apakah suasana yang terpancar dari lukisan ini? Adakah lukisan ini mengingatkan anda terhadap sesuatu?

  • Apakah ciri-ciri seekor kuda yang ditekankan oleh pelukis ini? Apakah yang sedang kuda itu lakukan? Di manakah ia berada? Pukul berapakah waktu itu? Apakah makna kuda bagi anda? Apakah yang kuda lambangkan? Jika anda ingin melukis seekor kuda, apakah ciri-ciri kuda yang anda ingin tekankan?