Art Detail | Ilham Gallery
Conflict
 TAMBAH KE ALBUM
Conflict
1967

Kuda dan lembu jantan kerap muncul dalam lukisan Lee Joo For, mungkin untuk menandakan sifat saling melengkapi antara lelaki dan perempuan. Dalam lukisan ini, konflik muncul dalam bentuk lembu jantan dan kuda seperti bertembungan, dan seorang wanita dan lelaki seolah-olah saling mengerling dari jauh. Warna merah dan biru  berselingan digunakan, menimbulkan suasana konflik dan pertembungan peranan seksual. Kiasan ke arah kisah Adam dan Hawa dengan godaan dosa mungkin dirujuk. Adakah Joo For mengungkit perempuan sebagai penggoda, dengan pakaian sendat  warna merah, dan lelaki sebagai lambang keberahian dalam bayangan kebogelannya? Sebagai seorang artis dan penulis drama, Joo For sering membuat kiasan begini untuk menggambarkan apa yang dia anggap sebagai pergelutan abadi antara baik dan jahat.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
84 × 83 cm
Tarikh:
1967
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Lee Joo For
Tentang Lee Joo For

John Lee Joo For (lahir 1929, Penang – meninggal 2017, Melbourne, Australia) telah digelar "pelukis simbolik" oleh Syed Ahmad Jamal, rakan sekerjanya. Dia telah diberi biasiswa kerajaan untuk mengikuti pengajian di Brighton College of Art, Camberwell School of Art dan Royal College of Art, di England. Pada tahun 1973, dia sekeluarga telah berpindah ke Melbourne, Australia. Terkenal dengan catan simboliknya, dia juga seorang pengarca dan pembuat cetakan yang mahir. Kuda merupakan motif berulang dalam karyanya mungkin kerana kebiasaan beliau dengan perlambangan Cina (bapanya ahli kaligrafi Cina). Selain seni, dia juga seorang penulis drama yang mahir, dan telah menulis beberapa drama pentas dan muzikal, kadangkala berunsurkan Kristian mubaligh.

Bacaan Selanjutnya
Bahagian Pembelajaran
  • Lukisan ini memiliki suatu rasa naratif yang sangat kuat. Bayangkan lukisan ini sebagai sebuah poster filem. Filem apakah yang sesuai? Apakah ceritanya? Siapakah wanita di dalam lukisan tersebut? Apakah yang dirasainya? Siapakah lelaki itu? Apakah yang dirasainya? Apakah yang telah berlaku? Apakah yang akan berlaku? Adakah judul lukisan ini dapat membantu anda mencari jawapannya?

  • Teks tersebut menjelaskan bahawa lembu jantan dan kuda itu adalah lambang kepada sifat lelaki dan wanita. Apakah aspek-aspek maskulin yang dilambangkan melalui seekor lembu jantan? Apakah aspek-aspek feminin yang dilambangkan melalui seekor kuda? Pada pendapat anda, adakah perkara ini secocok dengan pemikiran tentang kelelakian dan kewanitaan pada hari ini? Adakah ianya tidak secocok? Adakah lelaki dan perempuan berbeza? Adakah konflik tidak dapat dielakkan? Bagaimanakah masyarakat hari ini memandang persoalan gender berbanding 100 tahun lalu? Adakah ianya tetap sama?