Art Detail | Ilham Gallery
Bintang Pujaan
 TAMBAH KE ALBUM
Bintang Pujaan
1988

Ismail Zain (1930–1991) dilahirkan di Kedah, Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pelukis, penulis dan pendidik yang paling dihormati di Malaysia, dan juga pelopor seni komputer di negara ini. Beliau berangkat ke London pada tahun 1960-an untuk melanjutkan pengajian seni di Ravensbourne College of Art dan Slade School of Fine Art, University College London. Sekembalinya ke Malaysia, selain menjadi pelukis, beliau turut memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan yang berkait dengan pentadbiran seni. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Ketua Pengarah Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Minat dan eksperimentasi beliau dengan teknologi-teknologi baharu telah mendorongnya mengadakan sebuah pameran penting bertajuk Digital Collage pada tahun 1988. Pameran ini menandakan kemunculan kepentingan seni media baharu di negara ini. Selepas beliau meninggal dunia, Balai Seni Lukis Negara menganjurkan dua buah pameran retrospektif untuk beliau: yang pertama pada tahun 1995 dan yang kedua pada tahun 2019.

Maklumat
Media:
Cetakan dan kolaj (kemasan dengan teknik semburan angin)
Dimensi:
72 x 65cm
Tarikh:
1988
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Ismail Zain
Tentang Ismail Zain

Ismail Zain (1930–1991) dilahirkan di Kedah, Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pelukis, penulis dan pendidik yang paling dihormati di Malaysia, dan juga pelopor seni komputer di negara ini. Beliau berangkat ke London pada tahun 1960-an untuk melanjutkan pengajian seni di Ravensbourne College of Art dan Slade School of Fine Art, University College London. Sekembalinya ke Malaysia, selain menjadi pelukis, beliau turut memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan yang berkait dengan pentadbiran seni. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Ketua Pengarah Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Minat dan eksperimentasi beliau dengan teknologi-teknologi baharu telah mendorongnya mengadakan sebuah pameran penting bertajuk Digital Collage pada tahun 1988. Pameran ini menandakan kemunculan kepentingan seni media baharu di negara ini. Selepas beliau meninggal dunia, Balai Seni Lukis Negara menganjurkan dua buah pameran retrospektif untuk beliau: yang pertama pada tahun 1995 dan yang kedua pada tahun 2019.

Bacaan Selanjutnya

Bahagian Pembelajaran

  • Perhatikan mata wanita dalam karya tersebut. Apakah sifat-sifat yang digambarkan oleh mata tersebut? Apakah “angin” atau mood yang terhasil daripada mata itu? Ke manakah pandangan itu dituju? Sekarang, perhatikan pula kepada mata di belakang wanita tersebut. Apakah kata-kata sifat yang sesuai untuk menjelaskannya. Apakah kesan-kesan yang ditimbulkan? Milik siapakah mata-mata ini? Apakah yang mereka lihat?

  • Bintang yang disebutkan di dalam judul tersebut adalah Sahara Yaacob. Berdasarkan teks yang disediakan, kita tahu bahawa beliau sering menjadi buruan media dan terpalit dengan kontroversi. Siapakah bintang Malaysia yang selalu menjadi buruan media pada hari ini? Kenapa mereka terkenal? Bagaimanakah peminat melayani mereka? Bagaimana mereka berbual atau bercakap dengan para peminat mereka? Siapa pula bintang-bintang antarabangsa yang selalu kita lihat di media? Adakah mereka dilayani secara berbeza oleh media dan peminat mereka? Sejak dari tahun 1980-an, adakah cara kita melayani wanita terkenal sudah berubah?