Art Detail | Ilham Gallery
New Urbanism
 TAMBAH KE ALBUM
New Urbanism
2019

Karya ini terdiri daripada sembilan belas mainan seramik, disusun pada almari hiasan terbuka beroda. Mainan dan makhluk hibrid  seramik kerap muncul dalam karya Umi, di sini sebagai figura pastel dengan ciri haiwan/manusia/mesin/objek. Patung-patung aneh menjadi penawar kepada binaan almari kekisi logam dengan peragaan ‘almari pertunjukannya’, menyuntik corak, kecacatan, dan catan keanak-anakan kepada almari yang kalau tidak akan tampil dingin seperti industri. Merujuk kepada tajuk karya, kontras sedemikian seolah-olah menolak logik konsumer dan perkembangan  zaman moden yang berselerak, dan sebaliknya  mendedah potensi bermain-main dan mengarut untuk berkembang dan berusaha menentang kekusutan persekitaran kita yang menindas. ‘Urbanisme Baharu’ menyatukan minat artis yang berulang terhadap kacukan spesies, haiwan, alam semula jadi, objek dan jentera yang dibayangkan oleh beliau berkaitan dengan isu-isu dunia moden yang kita diami ini.

Maklumat
Media:
Seramik, besi tuang, batang dan plat keluli
Dimensi:
176 x 41 x 25.5 cm
Tarikh:
2019
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Umibaizurah Mahir Ismail
Tentang Umibaizurah Mahir Ismail

Umibaizurah Mahir Ismail (lahir 1975, Johor) seorang artis seramik kontemporari. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka (Seramik), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada tahun 2000, dan telah menyertai banyak pameran berkumpulan dalam dan luar negara. Pada tahun 2007, Umi dan suaminya Ahmad Shukri Mohamed, juga seorang artis, melancarkan The Patisatu Studio. Karya seni beliau telah meraih beberapa anugerah, termasuk ‘Top Under 40’, ‘Prestige Malaysia – Poised For Power (KL)’, dan ‘Bakat Muda SeZaman ‘06’ anjuran Balai Seni Lukis Negara (KL).

Bacaan Selanjutnya