Art Detail | Ilham Gallery
The Nightmare of Moyang Bajos
 TAMBAH KE ALBUM
The Nightmare of Moyang Bajos
2021

Karya The Nightmare of Moyang Bajos mengisahkan kemusnahan hutan bakau di Pulau Carey dan Sungai Judah di Selangor Malaysia, tanah masyarakat orang asal Mah Meri. Sejak awal tahun sembilan puluhan, tanah Mah Meri ini telah diancam terusan dengan penebangan hutan oleh badan tempatan dan kerajaan atas nama pembangunan. Kepada Shaq Koyok, seorang artis dan aktivis masyarakat asal Temuan Selangor, realiti pahit perjuangan masyarakat Mah Meri untuk mendapatkan tanah menandakan eksploitasi meluas yang menimpa masyarakat peribumi Malaysia untuk tujuan keuntungan modal, realiti yang didedahkan dalam pameran ‘Land of A Thousand Guilts’[Tanah Seribu Kesalahan] (2021) di mana lukisan ini pertama kali dipaparkan.

Landskap tandus dalam lukisan adalah kiasan paling jelas kepada kekejaman. Yang tinggal hanya pantai gersang dihuni tunggul pokok yang ditinggalkan oleh pembalak. Di atasnya tompokan berus menampakkan kesan awan gelap di komposisi atas. Jauh di sebelah kanan terlihat bot yang mewakili kedatangan penyerang-penyerang bakau. 

Koyok menyuntik warna yang dalam landskap kesedihannya dengan subjek utama di hadapan: watak ‘Moyang Bajos’, berpakaian ‘roh’ nenek moyang, melangkah dalam upacara Puja Pantai kaum Mah Meri, berpakaian anyaman daun nipah dan pandan dan bertopeng kayu. Ritual ini meraikan semangat pelindung mereka, dengan pergerakan jumbai yang dramatik pada kostum kuningnya. Warna kuning ini membayangi jauh di kiri latar belakang, di mana Koyok memaparkan altar besar yang menempatkan barang sembahan yang dihasilkan oleh orang kampung.

Koyok menarik perhatian kepada kraf ukiran topeng muka berani Mah Meri, muka kegigihan tradisi dan perayaan masyarakat di tengah-tengah tindakan ganas sebalik kesedihan yang menimpa. Ia sebuah gambaran kuat mengenai penentangan dan pelindungan komuniti orang asal dan dunia semula jadi Malaysia dari kezaliman modeniti.

Maklumat
Media:
Akrilik atas kanvas
Dimensi:
51.5 x 121.5 cm
Tarikh:
2021
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Shaq Koyok
Tentang Shaq Koyok

Shahar a/l Koyok a.k.a. Shaq Koyok (lahir 1985, Selangor, Malaysia) seorang artis dan aktivis suku asli Temuan Selangor, yang berkarya dalam berbagai bentuk seni. Beliau memiliki ijazah kepujian Sarjana Muda Seni Halus daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia. Pada tahun 2015, Koyok menerima Anugerah Kecemerlangan Orang Asli oleh Tourism Selangor. Pada 2017, dia diberi Geran Anugerah Merdeka, Orang Asli pertama diberi peluang mengambil bahagian dalam projek kerjasama di institusi antarabangsa. Karya beliau telah dipamerkan di UK, Australia dan Amerika Syarikat. Beliau juga telah dijemput berceramah di UK dan New Zealand. Pameran solonya yang pertama, ‘Land of A Thousand Guilts’, telah diadakan di Richard Koh Fine Art Kuala Lumpur, 2021.

Bacaan Selanjutnya


Bahagian Pembelajaran

  • Terangkan tentang figura yang terdapat di tengah-tengah lukisan tersebut. Bagaimanakah cara beliau berpakaian dan apakah yang beliau sedang lakukan? Bagaimanakah pelukis ini menekankan peri penting figura ini? Apakah elemen-elemen lain dapat anda lihat? Apakah makna bagi setiap elemen tersebut? Apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh lukisan ini?

  • Apakah yang anda tahu tentang suku Mah Meri? Apakah yang anda tahu tentang adat dan kraftangan mereka? Apakah yang anda tahu tentang cabaran-cabaran yang mereka hadapi? Dari manakah anda memperoleh pengetahuan tersebut? Adakah rakyat Malaysia kenal dengan masyarakat asli? Apakah cara terbaik untuk kita memahami pelbagai budaya berbeza?