Art Detail | Ilham Gallery
300 Years
 TAMBAH KE ALBUM
300 Years
2012

Lukisan ini daripada siri karya pelukis ‘Rumah dan Dunia’ ("The Home and the World") dari tahun 2009-2012. Tumpuan gubahan ialah sebuah pohon yang batangnya berpulas, herot dan kasar, ranting dan dedaunnya berat, berbelakangkan cebisan langit luas berawan tebal, gelap, berkabus putih, mendung dan malap. Semuanya sekaligus membawa kita ke dunia lukisan landskap Cina dan tradisi lukisan kekaguman dan ketakriman gunung-ganang lembah berkabus Eropah; suatu yang menyifatkan karya-karya Chong: kepekaan lukisan Timur dan Barat.

Maklumat
Media:
Arang kayu dan akrilik atas kertas dilekap pada kanvas
Dimensi:
138 x 260 cm
Tarikh:
2012
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Chong Siew Ying
Tentang Chong Siew Ying

Chong Siew Ying (lahir 1969, Kuala Lumpur) seorang pelukis Malaysia yang dikenali dengan sapuan berus dinamik dan gubahan ekspresifnya. Pada tahun 1990 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Seni Halus di École des Beaux-Arts de Versailles, Perancis; kemudian di pusat seni cetak Atelier63 di Paris. Sekembali ke Malaysia pada tahun 1998, dia mengadakan pameran solo pertamanya di Kuala Lumpur. Dari 2000 - 2001, beliau di Amerika Syarikat, 7 bulan di kota New York dan 2 bulan di Vermont Studio Center di Vermont. Pada tahun 2001 beliau Kembali ke Paris dan berulang-alik antara Paris dan Kuala Lumpur sehingga 2011. Sejak itu dia telah menetap di Kuala Lumpur, dan telah mengadakan sejumlah besar pameran solo dan berkumpulan di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Sumber: Chong Siew Ying

Bacaan Selanjutnya
Bahagian Pembelajaran

  • Terangkan apa yang anda nampak di latar depan lukisan ini. Terangkan bagaimana cara pelukis ini menggunakan garisan, bentuk, dan tekstur pada permukaan pokok tersebut. Apakah kata sifat yang mampu mengungkapkannya? Apakah kata kerja yang mampu mengungkapkan cara beliau menggunakan garisan? Bagaimanakah cara beliau melukiskan dedaunan? Sekarang, terangkan tentang latar belakangnya. Apakah tanda-tanda, corak-corak, dan tekstur-tekstur yang anda dapat lihat?

  • Nama lukisan ini adalah 300 Years. Pada pendapat anda, apakah maksudnya? Adakah nama tersebut mengubah pentafsiran anda terhadap karya seni ini?

  • Pada pendapat anda, adakah karya seni ini dihasilkan melalui pemerhatian sebenar, sekeping gambar atau melalui khayalan si pelukis? Kenapa anda merasakan demikian?