Art Detail | Ilham Gallery
I Enjoy Being a Girl
 TAMBAH KE ALBUM
I Enjoy Being a Girl
2022

Esei foto-video ini sebahagian daripada projek yang masih berjalan, “Anita & Ava —Fotografi sebagai Alat Pemulihan Kendiri”, yang melihat bagaimana dua sahabat dari kecil meneroka identiti jantina menerusi fotografi, di saatsaat mereka beralih menjadi dewasa. Pada asalnya Fan Chon menjumpai siri foto potret ini di sebuah kedai antik di Pulau Pinang. Potret-potret ini yang memperlihatkan mendiang Ava Leong diambil sekitar tahun 1950-an dan 1960-an di mana beliau menjalankan pemulihan diri dari seorang remaja lelaki kepada seorang wanita. Setelah artis berhubung dengan Anita, rakan baik Ava, koleksi ini semakin bertambah dan Fan Chon menemu ramah Anita untuk mengumpul maklumat latar belakang kepada foto-foto ini. Himpunan suara Anita digunakan sebagai asas untuk esei video ini. Klipklip audio ini didampingkan bersama pilihan fotografi dari koleksi Ava dan Anita yang menyingkap 70 tahun persahabatan mereka, perjalanan mencari diri menerusi fotografi studio dan aktiviti sosial yang lain, pengalaman kerja Anita sebagai pembantu makmal dan kehidupan pentas meniru gaya wanita. Karya ini bertujuan memberi kita sekilas pandang terhadap kehidupan mereka bersama-sama rakan dari komuniti transgender, yang diberi peluang untuk meneroka perasaan diri di samping menyumbang kepada budaya kesenian kosmopolitan di Malaysia. 

Maklumat
Media:
Video satu saluran
Dimensi:
37 min 15 saat
Tarikh:
2022
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Hoo Fan Chon
Tentang Hoo Fan Chon

Hoo Fan Chon (l. 1982) seorang pelukis yang tinggal di George Town, Pulau Pinang. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Fotografi daripada London College of Communication, UK, pada tahun 2010. Karya beliau merujuk kepada proses terjemahan budaya, cita rasa sebagai binaan sosiobudaya, serta bagaimana sistem nilai kita berubah sambil kita berhijrah dari satu budaya ke budaya lain. Penyelidikannya mengkaji unsur budaya material yang biasa tetapi sebenarnya asing, pembentukan simbol budaya dan amalan visual vernakular, sambil menafsirkannya semula dalam konteks sosiobudaya kontemporari melalui pengkaryaan seni, pameran, zine terbitan sendiri, bengkel dan pembentangan fikiran.

Bacaan Selanjutnya