Esei foto-video ini sebahagian daripada projek yang masih berjalan, “Anita
& Ava
—Fotografi sebagai Alat Pemulihan Kendiri”, yang melihat bagaimana
dua sahabat dari kecil meneroka identiti jantina menerusi fotografi, di saatsaat mereka beralih menjadi dewasa. Pada asalnya Fan Chon menjumpai siri
foto potret ini di sebuah kedai antik di Pulau Pinang. Potret-potret ini yang
memperlihatkan mendiang Ava Leong diambil sekitar tahun 1950-an dan
1960-an di mana beliau menjalankan pemulihan diri dari seorang remaja
lelaki kepada seorang wanita. Setelah artis berhubung dengan Anita, rakan
baik Ava, koleksi ini semakin bertambah dan Fan Chon menemu ramah
Anita untuk mengumpul maklumat latar belakang kepada foto-foto ini.
Himpunan suara Anita digunakan sebagai asas untuk esei video ini. Klipklip audio ini didampingkan bersama pilihan fotografi dari koleksi Ava dan
Anita yang menyingkap 70 tahun persahabatan mereka, perjalanan mencari
diri menerusi fotografi studio dan aktiviti sosial yang lain, pengalaman kerja
Anita sebagai pembantu makmal dan kehidupan pentas meniru gaya wanita.
Karya ini bertujuan memberi kita sekilas pandang terhadap kehidupan mereka
bersama-sama rakan dari komuniti transgender, yang diberi peluang untuk
meneroka perasaan diri di samping menyumbang kepada budaya kesenian
kosmopolitan di Malaysia.
Hoo Fan Chon (l. 1982) seorang pelukis yang
tinggal di George Town, Pulau Pinang. Beliau
menerima Ijazah Sarjana Muda Fotografi daripada
London College of Communication, UK, pada
tahun 2010. Karya beliau merujuk kepada proses
terjemahan budaya, cita rasa sebagai binaan
sosiobudaya, serta bagaimana sistem nilai kita
berubah sambil kita berhijrah dari satu budaya
ke budaya lain. Penyelidikannya mengkaji unsur
budaya material yang biasa tetapi sebenarnya
asing, pembentukan simbol budaya dan amalan
visual vernakular, sambil menafsirkannya semula
dalam konteks sosiobudaya kontemporari melalui
pengkaryaan seni, pameran, zine terbitan sendiri,
bengkel dan pembentangan fikiran.
Film Screening and Q+A Session: Azzaha Ibrahim and Hoo Fan Chon, https://www.youtube.com/watch?v=N3lCGKtu7GM
ILHAM Art Show 2022: Artist Interviews, http://www.ilhamgallery.com/data/uploads/2022/artshow/ilham-artshow-2022_writings_1122july.pdf