Art Detail | Ilham Gallery
Balada Darah Eksotika (BDE) – (Exotic Blood Ballad)
 TAMBAH KE ALBUM
Balada Darah Eksotika (BDE) – (Exotic Blood Ballad)
2022

Balada Darah Eksotika atau BDE merupakan sebuah penghargaan dan juga cadangan alternatif kepada perlambangan besi monumental keris yang banyak dijumpai dalam skala besar sama ada di stadium negara, mahupun bulatan, persimpangan dan juga bekas daerah-daerah diraja. Monumen sedemikian selalunya disertai dengan ukiran yang indah atau dihasilkan dengan kraf besi minimalis, dan biasanya diletakkan secara strategik di ruang awam, untuk memperkukuhkan perasaan kekitaan dan juga mengingatkan kepada warisan kita. Balada Darah Eksotika terdiri daripada Tiang Seri dalam bentuk kolum geronggang campuran kapur Roman Doric yang tertulis dengan perkataan dari lagu Mentera Semerah Padi oleh M. Nasir; dua buah video diletakkan di atas dacing yang membayangkan kestabilan politik; dan ayam hitam sebagai simbol kekuatan dan rendah hati. 

Maklumat
Media:
media campuran dan video satu saluran
Dimensi:
Pelbagai dimensi
Tarikh:
2022
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Izat Arif
Tentang Izat Arif

Izat Arif (l. 1986, Malaysia) menggabungkan video, lukisan dan objek readymade di dalam lapisan instalasi yang rumit. Karyanya sering menyampaikan ulasan ironis tentang kehidupan seharian dan ekosistem seni. Beliau telah menyertai beberapa pameran kumpulan termasuk A History of Drawing, Kolej Seni Camberwell, London, United Kingdom (2018); Seni Malaysia: Perspektif Baru, Richard Koh Fine Art, Singapura (2016); Young Malaysia Artist: New Object(ion) II, Galeri Petronas dan Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Negara, keduanya di Kuala Lumpur, Malaysia (2013). Izat Arif adalah salah seorang ahli pengasas kolektif Malaysian Artist intention Experiment (MAIX). Beliau juga adalah artis residensi di NTU CCA Singapura dari September hingga Disember 2018.


Bacaan Selanjutnya