Art Detail | Ilham Gallery
My Wife
 TAMBAH KE ALBUM
My Wife
1971

Kehidupan keluarga menjadi satu aspek penting dalam karya-karya Hoessein Enas. Beliau melukis pelbagai potret kaum keluarganya. Semasa tahun-tahun awalnya di Malaya, sebaik sahaja beliau mampu menyara kehidupannya, beliau mengirim nafkah kepada keluarganya yang ketika itu masih tinggal di Medan. Oleh kerana studionya terletak di dalam rumahnya, maka aktiviti seni Hoessein Enas berkitar berlegar di persekitaran rumahtangganya. Anak-anaknya masih teringat bagaimana sebahagian besar zaman kanak-kanak mereka dihabiskan di dalam studio ayah kesayangan mereka. Detik-detik kasih sayang dirakam dengan jelas di dalam lukisan-lukisan dan lakaran-lakaran yang dipaparkan di bahagian ini.

Maklumat
Media:
Minyak atas kanvas
Dimensi:
122 x 92 cm
Tarikh:
1971
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Hoessein Enas
Tentang Hoessein Enas

Hoessein Enas (1924-1995) tiba di Malaya dari Indonesia pada 1947. Reputasinya sebagai pelukis potret beraliran realisme akademik semakin terserlah selepas Kemerdekaan Malaya pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, negara yang akhirnya beliau anggap sebagai tanah airnya. Pada 1956, beliau menjadi ahli dan sekali gus pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung, sebuah persatuan pelukis yang penting dalam sejarah perkembangan aktiviti kesenian tanah air sekitar era Kemerdekaan. Pada 1963, syarikat Shell menaja pengembaraannya ke seluruh pelusuk negara bagi tujuan menghasilkan sebuah siri lakaran dan lukisan untuk memperingati pembentukan Malaysia. Pada 1990, Hoessein Enas dianugerahkan status ‘Pelukis Diraja’ oleh DYMM Sultan Selangor.

Bacaan Selanjutnya

  • Dato’ Hoessein Enas: From His Personal Collection, Rahel Joseph and Nur Hanim Khairuddin, eds., Kuala Lumpur: ILHAM, 2015.

  • Menemui Moderniti: 40 tahun Angkatan Pelukis Se-Malaysia, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1998.

  • Tan Chee Khuan, The Life and Art of Dato’ M. Hoessein Enas, Penang Art Gallery, 1999.

Bahagian Pembelajaran

  • Bandingkan potret ini dengan potret diri Hoessein. Perhatikan pakaian yang dipakai oleh subjek dalam kedua-dua potret tersebut. Lihat bagaimana mereka bergaya dan apakah elemen-elemen yang terdapat di latar belakang. Bolehkah anda jelaskan kenapa ianya berbeza?