Art Detail | Ilham Gallery
Untitled (Study of P. Ramlee)
 TAMBAH KE ALBUM
Untitled (Study of P. Ramlee)
c. 1988

Sebagai seorang pelukis yang komited kepada stail realisme akademik, lakaran Hoessein Enas memperlihatkan betapa telitinya beliau dalam mengolah butir-butir terperinci tubuh manusia. Kontor tangan dan postur tubuh tekun dikaji dengan teliti dari segi seni. Penelitian P.Ramlee sebagai subjek di sini menonjolkan penguasaan kemahiran teknikal beliau sebagai suatu yang penting dalam proses pengkaryaannya. Ia memperlihatkan usahanya dalam menangkap drama emosi pada sosok individu menerusi penelitian bahagian badan.

Maklumat
Media:
Pensel atas kertas
Dimensi:
25 x 36 cm
Tarikh:
c. 1988
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Hoessein Enas
Tentang Hoessein Enas

Hoessein Enas (1924-1995) tiba di Malaya dari Indonesia pada 1947. Reputasinya sebagai pelukis potret beraliran realisme akademik semakin terserlah selepas Kemerdekaan Malaya pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, negara yang akhirnya beliau anggap sebagai tanah airnya. Pada 1956, beliau menjadi ahli dan sekali gus pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung, sebuah persatuan pelukis yang penting dalam sejarah perkembangan aktiviti kesenian tanah air sekitar era Kemerdekaan. Pada 1963, syarikat Shell menaja pengembaraannya ke seluruh pelusuk negara bagi tujuan menghasilkan sebuah siri lakaran dan lukisan untuk memperingati pembentukan Malaysia. Pada 1990, Hoessein Enas dianugerahkan status ‘Pelukis Diraja’ oleh DYMM Sultan Selangor.

Bacaan Selanjutnya
  • Dato’ Hoessein Enas: From His Personal Collection, Rahel Joseph and Nur Hanim Khairuddin, eds., Kuala Lumpur: ILHAM, 2015.

  • Menemui Moderniti: 40 tahun Angkatan Pelukis Se-Malaysia, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1998.

  • Tan Chee Khuan, The Life and Art of Dato’ M. Hoessein Enas, Penang Art Gallery, 1999.