Art Detail | Ilham Gallery
Tetamu Senja
 TAMBAH KE ALBUM
Tetamu Senja
2008

Karya ini tidak seperti karya cat air beliau yang biasanya menggambarkan rumah kampung. Di sini beliau menggambarkan suatu tapak di antara yang tersuci dan penting dalam Islam - Kaabah, kiblat orang Islam, yang terletak di Masjid al-Haram di Mekah, di mana umat Islam taat berkumpul menunaikan Fardhu Haji. Di bahagian bawah lukisan, lautan manusia bergerak bagaikan hanyut dalam gelombang kabus putih. Sebuah paparan kesalihan rohani yang hebat.  


Tajuknya merujuk kepada sajak Sasterawan Negara A. Samad Said ‘Tetamu Senja’ yang bermula:

“Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja bila cukup detik kembalilah kita kepadaNya. Kita datang ini kosong tangan kosong dada bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala…” 

(November 1955)


Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
61 x 46 cm
Tarikh:
2008
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Osman Akhbar
Tentang Osman Akhbar

Osman Akhbar Long (lahir 1948 Johor) ialah seorang artis yang belajar sendiri, terkenal dengan lukisannya yang berkisarkan adat, budaya dan kehidupan masyarakat Melayu. Beliau ahli Persatuan Pelukis SeMalaysia, Angkatan Pelukis Semenanjung (APS), Pertubuhan Cat Air Malaysia, dan Persatuan Pelukis Johor.