Art Detail | Ilham Gallery
Loji-Loji bantu pam2 ayer penyejok / Jana letrik Tanah MOH
 TAMBAH KE ALBUM
Loji-Loji bantu pam2 ayer penyejok / Jana letrik Tanah MOH
1972

Selain karya potret, Hoessein Enas juga melukis pemandangan Malaysia. Berbeza dengan pelukis lain, beliau bukan hanya terpesona dengan keindahan kawasan desa. Sebaliknya, beliau mempunyai gagasan yang luas tentang pemandangan landskap. Karya-karya ini menonjolkan minatnya untuk memajukan tema pembangunan dan kemajuan, sambil menangkap dorongan pemodenan yang membentuk suasana pemandangan Malaysia.

Maklumat
Media:
Pensel warna, pen dan pena penanda
Dimensi:
36 x 26cm
Tarikh:
1972
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Hoessein Enas
Tentang Hoessein Enas

Hoessein Enas (1924-1995) tiba di Malaya dari Indonesia pada 1947. Reputasinya sebagai pelukis potret beraliran realisme akademik semakin terserlah selepas Kemerdekaan Malaya pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, negara yang akhirnya beliau anggap sebagai tanah airnya. Pada 1956, beliau menjadi ahli dan sekali gus pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung, sebuah persatuan pelukis yang penting dalam sejarah perkembangan aktiviti kesenian tanah air sekitar era Kemerdekaan. Pada 1963, syarikat Shell menaja pengembaraannya ke seluruh pelusuk negara bagi tujuan menghasilkan sebuah siri lakaran dan lukisan untuk memperingati pembentukan Malaysia. Pada 1990, Hoessein Enas dianugerahkan status ‘Pelukis Diraja’ oleh DYMM Sultan Selangor.

Bacaan Selanjutnya
  • Dato’ Hoessein Enas: From His Personal Collection, Rahel Joseph and Nur Hanim Khairuddin, eds., Kuala Lumpur: ILHAM, 2015.

  • Menemui Moderniti: 40 tahun Angkatan Pelukis Se-Malaysia, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1998.

  • Tan Chee Khuan, The Life and Art of Dato’ M. Hoessein Enas, Penang Art Gallery, 1999.


Bahagian Pembelajaran

  • Bayangkan anda berada di dalam salah satu lakaran ini. Apakah bunyi yang anda dapat dengar? Apakah bau yang anda hidu? Seperti apakah suasana dalam ruang tersebut? Berapakah pula suhu dalam ruang tersebut? Apakah perasaan anda terhadap orang-orang yang ada di dalam lakaran tersebut? Apakah sifat-sifat mereka? Apakah yang mereka sedang bualkan? Mungkinkah mereka akan menerima anda sebagai salah seorang daripada mereka? Apakah jawapannya akan berbeza jika anda lebih tua atau lebih muda dari sekarang? Apakah jawapannya akan berbeza jika anda seorang lelaki ataupun perempuan?

  • Hoessein Enas berminat untuk memahami tentang perubahan-perubahan teknologi dan perbandaran yang terjadi seumur hidupnya. Sejauh mana teknologi dan globalisasi telah merubah Malaysia seumur hidup anda? Apakah gambar yang seusai untuk membuktikan perubahan-perubahan tersebut? Bolehkah anda menjawab karya Hoessein Enas dengan melakarkan sebuah imej yang menandakan perubahan-perubahan tersebut?