Art Detail | Ilham Gallery
Siri Topeng – Penghulu
 TAMBAH KE ALBUM
Siri Topeng – Penghulu
1992

Empat 'muka' dipapar hampir seragam, berdepan dengan penonton. Pengolahannya  menimbulkan rasa keamatan, dalam warna-warna terang, garis-garis tebal, bagaikan menanam kuasa dan kekuatan bagi topeng penghulu atau ketua suku kaum. Ininya karya awal siri Topengnya, 1992-1996. Siri ini dibuat selepas lawatannya ke Sarawak pada tahun 1991, dan menemui inspirasi darpada topeng-topeng suku Kayan dan Kenyah.

Beliau melihat bentuk topeng dan cara ia digunakan dan bagaimana ia melambangkan perbezaan dan pemisahan antara Semenanjung dan Malaysia Timur, serta pemencilan suku-suku Orang Asal Malaysia. Dia juga berminat dengan bagaimana topeng berkaitan dengan idea rupa dan identiti manusia.

Maklumat
Media:
Media campuran atas kanvas
Dimensi:
204 x 42 cm
Tarikh:
1992
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Yusof Ghani
Tentang Yusof Ghani

Yusof Ghani (lahir 1950, Johor) seorang artis, penulis, pengajar dan kurator. Pada tahun 1979, beliau menerima biasiswa untuk belajar Seni Grafik di Universiti George Mason, Amerika Syarikat. Beliau kemudian memperoleh ijazah Sarjana di Universiti Katolik, Washington DC. Tesisnya tentang 'tarian budaya', menjadi tema berulang dalam karyanya. Dahulunya profesor madya di UiTM, Yusof Ghani dianggap seorang artis abstrak terkemuka Malaysia. Karya abstraknya yang membayangi figura seperti siri Tari dan Topeng, menimbulkan perdebatan tentang figura dan Islam.

Bacaan Selanjutnya

  • ‘Dari Tari ke Topeng: Profil Artistik Yusof Ghani’, T.K. Sabapathy.

  • Mozhgan Ramezani, ‘A study of Yusof Ghani’s artworks: The “Wajah” series paintings from 2006 to 2010’, MA thesis, in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Visual Arts’, Cultural Centre Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2015.

  • Segerak Yusof Ghani. 2004. Muliyadi Mahamood.

  • ‘Yusof Ghani: Hijau 1998’, Galeri Petronas, 2002.

  • ‘Yusof Ghani: Drawingsi, Rusli Hashim Fine Art, 1997.

  • ‘Siri Tari: Topeng’, Rusli Hashim Fine Art, 1996.

Bahagian Pembelajaran

  • Terangkan apa yang anda lihat di dalam lukisan ini. Apakah warna-warna yang anda lihat? Apakah bentuk-bentuk yang anda kenal? Terangkan tentang garisan-garisan yang anda lihat. Apakah kata-kata sifat yang boleh digunakan untuk menjelaskannya? Terdapatkan corak atau tekstur? Bagaimana cara pelukis ini menggunakan cat? Cari lukisan lain yang dihasilkan oleh Yusof Ghani dalam koleksi ini. Terdapatkah sebarang persamaan di dalam lukisan-lukisan tersebut? Bolehkah anda kenal pasti elemen-elemen utama dalam gaya lukisannya.

  • Apakah angin (mood) lukisan ini? Siri lukisan ini berjudul Topeng. Adakah judul ini membantu anda untuk memahami lukisan tersebut? Terangkan tentang keempat-empat topeng yang kita lihat. Apakah persamaan dan perbezaan yang ada di antara kesemua topeng tersebut? Pernahkah anda melihat topeng sebegini? Apakah kegunaannya? Anda rasa, apakah kegunaan topeng-topeng ini? Adakah topeng-topeng itu dimiliki oleh orang yang sama? Bilakah topeng-topeng itu akan dipakai?

  • Pemakaian topeng sangat terkenal dalam banyak kebudayaan dan masa. Kenapa? Untuk mengelakkan diri dari dijangkiti covid, kita diarahkan untuk memakai pelitup muka. Apakah yang anda rasa? Adakah pemakaian topeng akan berubah atau kekal selamanya? Kenapa ada sesetengah orang di dunia yang enggan memakai topeng? Bagaimanakah cara untuk memujuk mereka?