Art Detail | Ilham Gallery
The Boundaries
 TAMBAH KE ALBUM
The Boundaries
2016

Ruzaika Omar Basaree merupakan seorang seniman Malaysia yang karyanya sangat berpengaruh terhadap perkembangan gelombang seni Kebangkitan Melayu yang muncul di Malaysia pada tahun 80-an. Melalui karyanya, seniman ini berhasrat untuk mengangkat tradisi seni rupa tempatan dan cuba untuk menggabungkan motif-motif visual dan tradisi Melayu sambil menyulam nilai-nilai estetika Islam. Karya The Boundaries memaparkan minat utama beliau terhadap seni kerawang—sejenis gaya pengukiran yang berasal dari Terengganu. Di bahagian depan bongkah kayu ini, motif-motif bungaan seperti bunga lawang dan bunga pecah lapan yang biasa ditemui dalam kraf tradisional Melayu diukir merentangi bahagian tengah mengikut corak geometri serupa dan diwarnakan dengan warna kuning. Terdapat juga motif-motif lain seperti ukiran tebuk tembus, kekisi angin, ukiran gunung/ mahkota, ukiran penjuru/ Tupai Tupai, ukiran tunjuk langit, ukiran ekor itik, ukiran janda berhias, ukiran kelarai, ukiran batu ladung dan gerbang, kesemuanya disusun berdasarkan prinsip terjemahan, putaran, dan biasan. Penyusunan motif-motif ini sangat penting bagi kerja seni Ruzika Omar, seorang seniman dan penyelidik yang mengkaji falsafah-falsafah keindahan dan keilahian Melayu yang terdapat dalam geometri dan seni.

Maklumat
Media:
Kayu
Dimensi:
244 x 122 cm
Tarikh:
2016
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Ruzaika Omar Basaree
Tentang Ruzaika Omar Basaree

Ruzaika Omar Basaree (l. 1948, Pulau Pinang, Malaysia) dilahirkan di George Town, Pulau Pinang. Dia mendapat inspirasi untuk mencipta lukisan 3D "Dungun Siri II" ketika dia tinggal di Dungun, sebuah bandar di Terengganu yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Beliau telah menyumbang secara aktif ke arah seni visual sebagai seorang artis, penyelidik dan ahli akademik. Seninya berkonsepkan Kecantikan Melayu yang berteraskan falsafah ukiran kayu tradisional Melayu.

 


Bacaan Selanjutnya

  • Ahmad Hakim Abdullah, Yuhanis Ibrahim & Mohammed Iqbal Badaruddin, “Malay and Islamic Traditions Elements through the Paintings of Mastura Abdul Rahman, Ruzaika Omar Basaree and Haron Mokhtar”, Jurnal Arkeologi Malaysia, April 2021, Vol. 34, No.1, 15- 27.

  • Liza Marziana Mohammad Noh, Abdul Rauf Ridzuan, Nurkhazilah Idris, Tengku Intan Suzila Tengku Sharif and Khairunnisa Mohd Abdul Ghani, “The Malay Identity in Malaysian Women’s Paintings”, International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(10), 63–72.

  • Rahim, R. S. @ A., & Alim, M. M, “Symmetry Analysis in Design of Traditional Malay Paintings through Principle of Repeating Patterns”. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(9), 2021, 830–841.