Art Detail | Ilham Gallery
Pregnant Earth
 TAMBAH KE ALBUM
Pregnant Earth
1986

Dalam lukisan ini Yeoh Jin Leng memaparkan pemandangan alam dalam bentuk abstrak. Beliau mengungkapkan hubungan emosinya dengan pemandangan itu melalui warna-warna yang digunakannya. Bentuk-bentuk bulat berwarna merah pekat dan merah tua dengan jalur-jalur hijau, ombre dan ungu; manakala di sebelah atas pula, sebaris jalur biru terang membentuk bingkai dalaman untuk karya ini. Seorang yang benar-benar mencintai alam sekitar, pelukis ini telah menjalin hubungan seumur hidup dengan alam dan pertalian mendalam ini diungkapkan menerusi medan-medan warna ini yang kelihatan hampir bergetaran.

Maklumat
Media:
Akrilik atas kanvas
Dimensi:
85 x 85 cm
Tarikh:
1986
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Yeoh Jin Leng
Tentang Yeoh Jin Leng

Yeoh Jin Leng (l.1929) dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan latihan di Maktab Latihan Guru Malaya di Kirby, England pada tahun 1953. Beliau merupakan pelajar seni yang menerima biasiswa Persekutuan Malaysia  yang pertama melanjutkan pengajian seni di Chelsea School of Art di London (1957–1961) dan Institute of Education, Universiti London (1962–1963). Selepas kembali ke Malaysia beliau seterusnya menyandang beberapa jawatan dalam pelbagai institusi pendidikan dan pertubuhan seni, termasuklah sebagai Pensyarah Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas (1963–1968), ahli pengasas dan Naib Presiden Persatuan Pelukis Malaysia (1982–1984), dan Dekan Pengajian di Malaysian Institute of Art (1985–1994). Sepanjang kerjayanya beliau telah menerima beberapa anugerah, seperti Ahli Mangku Negara pada tahun 1972 dan Kesatria Mangku Negara pada tahun 1994 dari Kerajaan Malaysia atas sumbangan dan jasa beliau kepada industri seni tempatan. Pada tahun 1965, pameran solonya yang pertama telah diadakan di British Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1996, pameran retrospektif karya-karya beliau telah dilangsungkan di Balai Seni Lukis Negara Malaysia.

Bacaan Selanjutnya

  • Yeoh Jin Leng, Arts and Thoughts, 1952 - 1995, T.K. Sabapathy, National Art Gallery Malaysia, 1996

  • Simon Soon, ‘Notes on GRUP’, Gerak, Rupa, Ubah, Penyataan 1957-1973,  ILHAM Gallery, 2017. 

  • Modern Artists of Malaysia, T.K. Sabapathy, Redza Piyadasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983

Bahagian Pembelajaran

  • Apakah yang anda lihat dalam lukisan ini? Jelaskan warna-warna yang anda nampak. Terangkan bagaimana seniman ini mencontengkan cat? Apakah bentuk-bentuk yang anda lihat? Terdapatkah bahagian-bahagian cahaya di dalam lukisan ini?

  • Apakah elemen-elemen landskap yang seniman ini masukkan? Apakah yang tidak dimasukkan?

  • Lukisan ini berjudul “Pregnant Earth”. Apakah yang sebenarnya seniman ini maksudkan?