Art Detail | Ilham Gallery
Artist's Self-Portrait
 TAMBAH KE ALBUM
Artist's Self-Portrait
1966

Karya-karya potret diri ciptaan Hoessein Enas menyajikan beberapa idea. Pada satu tahap, karya-karya berbentuk ‘selfie’ ini memperlihatkan watak rencam kehidupan kesenian yang turut menyentuh tentang kerumitan budaya dalam usaha menjadi seorang rakyat Malaysia moden. Lukisan-lukisan ini boleh juga dilihat sebagai penerokaan psikologi menyelami keperibadian kesenian. Karya-karya ini juga membayangkan sisi unik dirinya kerana beliau menggambarkan pelbagai aspek dirinya – dari seorang pelukis serba bergaya dan flamboyan.

Maklumat
Media:
Minyak atas kanvas
Dimensi:
117 x 89 cm
Tarikh:
1966
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Hoessein Enas
Tentang Hoessein Enas

Hoessein Enas (1924-1995) tiba di Malaya dari Indonesia pada 1947. Reputasinya sebagai pelukis potret beraliran realisme akademik semakin terserlah selepas Kemerdekaan Malaya pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, negara yang akhirnya beliau anggap sebagai tanah airnya. Pada 1956, beliau menjadi ahli dan sekali gus pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung, sebuah persatuan pelukis yang penting dalam sejarah perkembangan aktiviti kesenian tanah air sekitar era Kemerdekaan. Pada 1963, syarikat Shell menaja pengembaraannya ke seluruh pelusuk negara bagi tujuan menghasilkan sebuah siri lakaran dan lukisan untuk memperingati pembentukan Malaysia. Pada 1990, Hoessein Enas dianugerahkan status ‘Pelukis Diraja’ oleh DYMM Sultan Selangor.

Bacaan Selanjutnya

  • Dato’ Hoessein Enas: From His Personal Collection, Rahel Joseph and Nur Hanim Khairuddin, eds., Kuala Lumpur: ILHAM, 2015.

  • Menemui Moderniti: 40 tahun Angkatan Pelukis Se-Malaysia, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 1998.

  • Tan Chee Khuan, The Life and Art of Dato’ M. Hoessein Enas, Penang Art Gallery, 1999.

Bahagian Pembelajaran
  • Lihat dengan teliti seniman dalam karya potret diri ini. Apakah yang beliau sedang pakai? Apakah yang beliau pegang? Bagaimana pula dengan riak wajahnya? Beliau sedang duduk di mana? Kenapa seniman ini memilih untuk menggambarkan dirinya sedemikian? Apakah petanda-petanda yang membolehkan kita mengenali sifat diri seniman ini? Apakah perkara-perkara tentang dirinya yang ingin beliau tunjukkan?

  • Berapa banyak swafoto yang pernah anda ambil? Kenapa anda mengambil gambar swafoto? Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada ketika anda mengambil swafoto? Apakah kelebihan swafoto jika dibandingkan dengan gambar yang diambil oleh orang lain? Apa kata anda pilih salah satu swafoto yang paling anda gemari dan hasilkan sebuah lukisan berdasarkan swafoto tersebut. 

Pembelajaran/Sekolah Rendah

  • Potret diri adalah potret pengkarya itu sendiri. Ianya samalah seperti selfie!

  • Lihat bagaimana Hoessein Enas melukiskan wajah dirinya sendiri ketika beliau muda.

  • Bagaimana kita mengetahui yang beliau adalah seorang pelukis? (Lihat apa yang beliau pegang!)