Art Detail | Ilham Gallery
Gadis Melayu
 TAMBAH KE ALBUM
Gadis Melayu
1967

Dalam potret yang dihasilkan oleh Mazeli Mat Som ini, seorang gadis Melayu dilukis dalam gaya realisme. Beliau berbaju kebaya dan matanya merenung jauh. Kedua-dua tangannya pula memeluk dua buah buku. Mungkin gadis ini seorang pelajar ataupun seorang guru. Seniman ini sering menggunakan figura untuk berkomunikasi dengan hidupan dan nilai-nilai yang ada di alam Melayu. Ianya terlihat dalam Yati (1993), seorang kanak-kanak yang dilukis kabur, pengantin perempuan yang sopan dalam Untuk Bunga Rampai (1993), dan gadis sunti yang sayu menunggu di tepi pantai dalam Menanti Nelayan (1961).

Maklumat
Media:
Pastel atas kertas
Dimensi:
55 x 43 cm
Tarikh:
1967
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Mazeli Mat Som
Tentang Mazeli Mat Som

Mazeli Mat Som (l. 1938-1990) merupakan seorang seniman yang belajar dengan sendiri. Beliau mendapat latihan secara rasmi daripada Dato’ Hoessein Enas ketika mereka bersama-sama dalam Angkatan Pelukis Semenanjung (APS), sebuah kumpulan seni yang diasaskan oleh Hoessein pada tahun 1956 di Kuala Lumpur. Ketika gaya dalam dunia seni tempatan semakin berkembang dan pelbagai, Mazeli tetap dengan pendekatan perwakilannya terhadap catan. Beliau kemudian diangkat menjadi President kumpulan tersebut pada tahun 1970-an. Pada tahun 2015, karya Mazeli Mat Som yang berjudul Jelitawan telah dipamerkan di sebuah pameran berkumpulan di National Potrait Gallery bersama karya-karya pelukis lain seperti isterinya, Hamidah Suhaimi, mentornya Hoessein Enas, dan rakan pelukisnya Nora Abdullah.

Bacaan Selanjutnya
  • “The Treatment of the Local Landscape in Modern Malaysian Art, 1930-1981”;
    “From Paddy Fields to Fake Plastic Palm Trees: Negotiating a Changing Social Landscape”
    in 
    Narratives in Malaysian Art, Vol 1: Imagining Identities. 2012. RogueArt.

  • Absenteeism of Malaysian Identity in Art in the Early Years of Independence. 2010. Dr Sarena Abdullah.

  • Figurative Approaches in Modern Malaysian Art. 1996. Galeri PETRONAS.

  • Rupa Malaysia: A Decade of Art 1987-1997. 1998. National Art Gallery.

  • senikini#24 by senikini - issuu

Bahagian Pembelajaran
  • Perhatikan wanita dalam lukisan ini. Berapakah umurnya? Bagaimanakah cara beliau menggayakan dirinya? Bagaimana pula dia berpakaian? Selain daripada pakaian, apakah petanda-petanda lain yang dapat membantu kita untuk mengenali wanita tersebut? Menurut anda, adakah pelukisnya kenal dengan wanita itu?

  • Ramai seniman yang ada dalam koleksi Ilham menghasilkan potret sebagai satu cara untuk menggambarkan orang Malaysia. Kenapakah begitu? Menurut anda, adakah lukisan potret merupakan cara yang sesuai untuk menggambarkan sesebuah negara? Sila lihat lukisan-lukisan potret lain. Apakah yang potret-potret tersebut ceritakan tentang kehidupan di Malaysia? Apakah aspek-aspek atau kumpulan-kumpulan masyarakat tertentu yang tidak diketengahkan dalam lukisan-lukisan potret dalam koleksi ini? Kenapakah sedemikian?

  • Lukisan ini dilukis pada tahun 1964. Pada pendapat anda, adakah wanita ini masih hidup? Di manakah dia dan apakah yang dia buat sekarang? Bagaimanakah kehidupan yang dilaluinya? Adakah dia tahu tentang potret ini? Apakah yang akan dia rasa apabila melihat potret ini?