Art Detail | Ilham Gallery
Untitled
 TAMBAH KE ALBUM
Untitled
1973

Figura wanita berbogel menjadi fokus utama karya judul ini. Bagaimanapun, mukanya tidak dapat dilihat disebabkan dongakan kepala dan kekaburan ciri-ciri wajahnya. Di belakangnya, dua figura bogel membelakangi penonton. Badan wanita dilukis realistik - dicat warna magenta dan putih dengan merah jambu. Si artis tidak menjelaskan senario mahupun identiti figura.

Maklumat
Media:
Akrilik atas kanvas
Dimensi:
75.5 x 76 cm
Tarikh:
1973
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Mazeli Mat Som
Tentang Mazeli Mat Som

Mazeli Mat Som (l. 1938-1990) merupakan seorang seniman yang belajar dengan sendiri. Beliau mendapat latihan secara rasmi daripada Dato’ Hoessein Enas ketika mereka bersama-sama dalam Angkatan Pelukis Semenanjung (APS), sebuah kumpulan seni yang diasaskan oleh Hoessein pada tahun 1956 di Kuala Lumpur. Ketika gaya dalam dunia seni tempatan semakin berkembang dan pelbagai, Mazeli tetap dengan pendekatan perwakilannya terhadap catan. Beliau kemudian diangkat menjadi President kumpulan tersebut pada tahun 1970-an. Pada tahun 2015, karya Mazeli Mat Som yang berjudul Jelitawan telah dipamerkan di sebuah pameran berkumpulan di National Potrait Gallery bersama karya-karya pelukis lain seperti isterinya, Hamidah Suhaimi, mentornya Hoessein Enas, dan rakan pelukisnya Nora Abdullah.

Bacaan Selanjutnya

  • “Dari Sawah Padi ke Pokok Palma Palsu: Merundingi Perubahan Landskap Sosial” dalam Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 1, disunting oleh Nur Hanim Khairuddin dan Beverly Yong dengan TK Sabapathy, Kuala Lumpur: RogueArt, 2012.

  • Redza Piyadasa, “Pengolahan Landskap Tempatan dalam Seni Moden Malaysia, 1930 –1981” dalam Naratif Seni Rupa Malaysia   Jilid 1, disunting oleh Nur Hanim Khairuddin dan Beverly Yong dengan TK Sabapathy, Kuala Lumpur: RogueArt, 2012.

  • Pendekatan Figuratif dalam Seni Moden Malaysia. 1996. Galeri PETRONAS.

  • Rupa Malaysia: Sedekad Seni 1987-1997. 1998. Balai Seni Lukis Negara.

  • senikini#24 by senikini - issuu