Art Detail | Ilham Gallery
Sitting 2004: 26-3-04. Pay Attention to the Details of Love
 TAMBAH KE ALBUM
Sitting 2004: 26-3-04. Pay Attention to the Details of Love
2004

Kamin selalunya mengerjakan projek seni yang berbagai setiap hari, mematuhi prinsip ini sepanjang tahun untuk menghasilkan sebuah instalasi atau pameran. Ini kerap mengakibatkan karya beliau mempunyai beberapa bahagian, tiap-tiap satunya menepati upacara harian yang tertentu. Sitting 2004 diinspirasikan dari lukisan arang yang dihasilkan beliau setelah selesai diinspirasikan setiap hari pada tahun 2004. Beliau bekerja dalam berbagai bahantara, termasuk catan, instalasi, cetakan dan arca.

Maklumat
Media:
Kayu
Dimensi:
118 x 32 x 31 cm
Tarikh:
2004
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Kamin Lertchaiprasert
Tentang Kamin Lertchaiprasert

Dilahirkan pada tahun 1964 di Lop Buri, Thailand, Kamin tinggal dan bekerja di Chiang Mai. Beliau telah berkarya dalam berbagai bahantara termasuk catan, instalasi, seni cetak dan arca. Selepas tamat pengajian di Universiti Silpakorn Bangkok pada tahun 1987, Kamin berpindah ke New York di mana beliau menghadiri The Art Student League of New York hingga 1992. Pada tahun 1998 beliau bersama rakan artis Rirkrit Tiravanija menubuhkan The Land Foundation (‘Sawah Padi’, dalam terjemahan daripada Bahasa Thai), sebuah inisiatif yang mengubah sebidang kawasan sawah padi menjadi tempat untuk projek kreatif dan residensi seni. Minat beliau dengan usaha kerjasama membawanya seterusnya kepada penubuhan institusinya sendiri, ‘Muzium Semangat Kontemporari Abad ke-31’ pada tahun 2008.