Art Detail | Ilham Gallery
The Follower
 TAMBAH KE ALBUM
The Follower
2002

The Follower diperbuat daripada lencana sekolah, parti politik, gereja, dan syarikat dari segala pelosok gugusan Indonesia. Ia mengambil bentuk jilbab, busana wanita Muslim menutupi badan kecuali tangan, kaki dan wajah, yang dipakai oleh sesetengah kaum wanita Muslim Indonesia. Karya Jaarsma lazimnya menggunakan pakaian sebagai perlindungan, penjagaan, dan pernyataan kepercayaan. Karya ini dibuat khusus sebagai suatu tindakan kepada serangan bom pengganas di Bali tahun 2002, dan persepsi global terhadap Indonesia sebagai sarang pengganas Islam. Menerusi tapestri berbagai lencana ini, Jaarsma bertujuan menyampaikan perihal masyarakat Indonesia sebagai satu yang berbilang budaya dan bertoleransi.

Maklumat
Media:
Embroidered emblems
Dimensi:
150 x 40 cm
Tarikh:
2002
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Mella Jaarsma
Tentang Mella Jaarsma

Dilahirkan di Negara Belanda, Jaarsma pergi ke Indonesia untuk belajar di Institut Kesenian di Jakarta dan Yogyakarta pada tahun 1980an. Sejak itu dia telah bertempat di Indonesia. Jaarsma mencipta pakaian sebagai suatu cara meneroka bagaimana pakaian membentuk dan merentas identiti peribadi dan kumpulan. Beliau mengguna kulit haiwan, motif batik, lencana sulaman pertubuhan sosial dan pakaian seragam tentera Indonesia. Jaarsma adalah pengasas bersama sebuah ruang seni kontemporari yang berpengaruh di Indonesia, Cemeti Art House. Beliau telah luas mempamer, termasuk di Australia, Vietnam, Itali, Jepun dan Albania. Pameran solonya, De meeloper/The follower, diadakan di Artoteek, Den Haag, pada tahun 2006, dan karyanya ditampilkan dalam Fashion Accidentally, Muzium Seni Kontemporari di Taipei pada tahun 2007. Beliau pernah menjadi artis residen di Rimbun Dahan, Malaysia.