Art Detail | Ilham Gallery
For the Nation’s Identity (from the series Blue October)
 TAMBAH KE ALBUM
For the Nation’s Identity (from the series Blue October)
1996

Blue October berdasarkan pembunuhan beramai-ramai di Universiti Thammasat pada tahun 1976, dikenali di Thailand sebagai peristiwa 6 Oktober. Tentera kerajaan Thai bersama paramilitari sayap kanan telah menyerang pelajar penunjuk perasaan dalam kampus. Beberapa orang terbunuh, pelajar perempuan dirogol, dan ratusan cedera. Vasan mengalami sendiri tragedi ganas ini, mendorongnya menjadi seorang pelukis aktivis yang terlibat dengan masyarakat. Dengan membuat karya Blue October, Vasan bukan hanya memperingati peristiwa itu, dia menekankan betapa pentingnya sejarah dan memori.

Maklumat
Media:
Akrilik, tepung biru dan daun emas atas kanvas
Dimensi:
150 x 150 cm
Tarikh:
1996
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Vasan Sitthiket
Tentang Vasan Sitthiket

Lahir di Nakhon Sawan, Thailand pada tahun 1957, Vasan Sitthiket merupakan salah seorang artis utama Thai yang melibatkan diri dalam persoalan sosial. Karya beliau sering menyentuh berbagai isu sosial dan politik masyarakat Thai, menekankan korupsi dan penindasan politik. Bidang pengkaryaannya meliputi lukisan cat, lakaran, cetakan, dan instalasi, termasuk juga puisi, buku kanak-kanak dan esei politik. Beliau adalah lulusan Kolej Seni Halus Bangkok, dan mempamer dengan luas, termasuk di Biennale Venice (2003). Beliau telah menerima Anugerah Silpakorn daripada Kementerian Kebudayaan Thai (2007), dan karyanya ada dalam koleksi Museum Seni Moden New York, Balai Seni Nasional Thailand, Galeri Seni Queensland dan Muzium Seni Singapura.