Art Detail | Ilham Gallery
Irregular Dodecahedron
 TAMBAH KE ALBUM
Irregular Dodecahedron
2019

Karya Tawatchai bermain dengan persepsi isi padu, ruang, masa dan imbangan fizikal, mencabar andaian kita tentang apa sebenarnya arca. Ia menimbulkan ketegangan di antara benda dan ketiadaannya, menjadikan ruang kosong unsur penting dalam karyanya. Ia bermain dengan kedua-dua unsur bentuk dan benda. Tawatchai juga menggunakan perabot dan objek dalam menerokai hubungan antara ruang dua dan tiga dimensi, dan mengangkat persoalan bagaimana persepsi kita terhadap objek lebih dikawal oleh apa yang dilihat di mata daripada apa yang otak kita percaya. Ia mengguna pengiraan matematik yang kompleks untuk memberi bentuk, kadangkala juga tanpa bantuan teknologi moden. Pengkaryaan beliau banyak merujuk kepada kartografi, ilmu falak dan kosmologi, selain falsafah Buddhisme.

Maklumat
Media:
Kayu jati, loyang
Dimensi:
99 x 60 x 140 cm
Tarikh:
2019
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Tawatchai Puntusawasdi
Tentang Tawatchai Puntusawasdi

Tawatchai tinggal dan bekerja di Chiang Mai, Thailand. Bentuk arca beliau bermain dengan pengherotan dan pemulasan realiti visual, mencabar tanggapan biasa dan kefahaman objektif tentang alam fizikal. Beliau bermain dengan bahan-bahan biasa seperti kayu keras, batu loh, serabut organik dan pelbagai logam, untuk meningkatkan kesedaran tentang ruang, dan menggalak para pemerhati mengenali ruang sekitar sebagai bahagian yang sebati dengan karya. Dia berminat dengan bidang pengemudian, pemetaan, ilmu falak, dan pemahaman sejarah cakerawala, dan beliau mengguna pengiraan matematik yang rumit untuk menjana bentuk yang kemudiannya direka dan dibina tanpa mengguna alat teknologi moden. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Seni Halus daripada Universiti Chiang Mai dan seterusnya ijazah Sarjana daripada Universiti Silpakorn. Dia pernah mempamer di Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Taiwan dan di merata Asia Tenggara; dia juga telah menyertai Biennale Venice dan Sydney, dan dua kali menerima Geran Yayasan Pollock-Krasner.