Art Detail | Ilham Gallery
Totem
 TAMBAH KE ALBUM
Totem
2012

Tiang totem lazimnya merupakan perlambangan dalam kepercayaan budaya kaum-kaum tertentu. Dengan Totem, Chun Kai Feng membentuk sebuah totem moden dengan menyusun-tindih bangku-bangku konkrit daripada rumah-rumah pangsa Lembaga Kemajuan Perumahan Singapura. Biasanya pelukis ini mengguna peralatan awam daripada landskap bandaran yang kita selalu temui seperti bangku, pagar, tong sampah, puntung rokok, untuk menarik perhatian kita supaya lebih terlibat dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab dengan reka bentuk, pengeluaran dan pemasangan serta peraturan yang bersabit.

Maklumat
Media:
Struktur kayu berlapis
Dimensi:
200 x 96 x 48 cm
Tarikh:
2012
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Chun Kai Feng
Tentang Chun Kai Feng

Lahir di Singapura, Chun ialah seorang artis, kurator, pereka pameran dan pendidik. Beliau merupakan graduan Akademi Seni Halus Nanyang Singapura dan ijazah sarjana daripada Sekolah Seni Glasgow, Scotland. Arca dan instalasi beliau mengguna teknik dan bahan perindustrian. Amalan seninya mengambil ilham daripada kelengkapan biasa kehidupan harian — bangku-bangku, tong sampah, pagar selusur — yang difikirkan semula. Beliau menjemput pemerhati mempertimbang kembali dan bertindak lebih aktif dengan agensi awam yang dipertanggungjawab dengan reka bentuk, pembuatan dan pemasangan objek-objek sekitar kita ini. Chun telah mempamer karyanya dengan luas di Singapura, dan juga di kota-kota raya lain seperti Glasgow, Hong Kong dan Berlin. Dia telah menerima Anugerah Pelukis Muda Majlis Seni Nasional Singapura 2015, dan pernah mendapat Residensi Artis di ArtLab Ruangrupa, Jakarta dan Ateliers Internationaux (Bengkel Antarabangsa) Frac des Pays de la Loire, Perancis.