Art Detail | Ilham Gallery
Talisman Dress
 TAMBAH KE ALBUM
Talisman Dress
2016

Semasa tinggal di luar negara, Foo May Lyn terima berbagai azimat dan tangkal daripada keluarganya, yang kemudiannya menjadi suatu saluran pengkaryaan bagi beliau. Rasa hiba menerimanya, serta keinginan memakainya, menjadi hal yang ia perlu periksa. Ini akhirnya mengilhami beliau menghasilkan berbagai karya termasuk melibatkan minatnya dengan kain. Karya tekstilnya menenun banyak cerita, daripada kisah peribadi ke politik semasa. Tetapi, jangan hayati secara literal, kata beliau. Sebagai seorang pengamal teater, dia melihat karya kainnya sebagai “sebuah skrip dengan berbagai ramuan.”

Maklumat
Media:
Bebenang merah dan rayon/viscose
Dimensi:
102 x 38.5 cm
Tarikh:
2016
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Foo May Lyn
Tentang Foo May Lyn

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Foo telah menempat di merata benua Eropah — mengajar teater pendidikan di London dan membuat barang kemas di Paris. Ada yang menganggapnya sebagai seorang artis di kalangan artis; beliau sendiri menolak jangkaan dan mengelak gelaran. Tema-tema yang disenanginya termasuk persahabatan, peristiwa dunia, di samping memikirkan keuzuran dan kematian.