Art Detail | Ilham Gallery
Pink Man in Paradise #5, (Pura Tanah Lot)
 TAMBAH KE ALBUM
Pink Man in Paradise #5, (Pura Tanah Lot)
2003

Siri Pink Man beliau berasal daripada sebuah persembahan oleh Sompong Thavee, seorang rakan artisnya, pada tahun 1997. Dalam foto ini, Pink Man, dengan kereta sorong merah muda yang kosong, menjelmakan seorang pengguna, penuh dengan diri sendiri yang tidak pernah puas, mencari kepuasan dalam dunia kapitalisnya. Seperti ramai para pelancong sekarang ini, ia mengidamkan syurga pengguna, melancongi sejarah dan alam dengan hasrat menemui destinasi eksotik, membeli-belah, dan menunjuk-nunjuk.

Maklumat
Media:
Foto Cetakan C
Dimensi:
90 x 109.5 cm
Tarikh:
2003
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Manit Sriwanichpoom
Tentang Manit Sriwanichpoom

Dilahirkan pada tahun 1961 di Thailand, Manit telah mendokumentasikan perubahan politik, globalisasi, dan soalan tentang negara Thai dahulunya, kini dan apa yang akan jadi padanya di masa akan datang. Sebelum beliau menumpu perhatian kepada amalan seninya, dia seorang wartawan foto yang disanjungi kerana mengguna kamera untuk ‘menangkap kebenaran”. Tetapi sebagai seorang artis, dia berusaha untuk menjangkau sebalik kebenaran di permukaan dan estetika luaran, untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang dia gelar “kebenaran emosi”. Dia terkenal dengan kritikan sosio-politiknya, khususnya berkaitan dengan konsumerisme Thai dan kapitalisme. Bersama isterinya Ing K, seorang pengarah filem, dia menubuhkan Galeri Kathmandu, sebuah galeri foto dan kedai buku yang terkenal di Bangkok. Selepas beberapa filem mereka diharamkan oleh kerajaan, mereka membuka sebuah pawagam sendiri pada tahun 2018.