Art Detail | Ilham Gallery
And Then It All Happened (Plate No. 1)
 TAMBAH KE ALBUM
And Then It All Happened (Plate No. 1)
2014

Dengan meminjam imejan dekoratif dan aman bahagia daripada lukisan miniatur Parsi dan Mughal, Adeela Suleman menyelitkan dengan bijak adegan-adegan ganas yang tidak disangka. Beliau tertarik kepada jalinan erat di antara keganasan dan kecantikan. Bagi beliau: “Lagi kejam sebuah jenayah, lagi indah objek yang perlu dihasilkan.”

Maklumat
Media:
Piring tembikar jumpaan dan cat enamel
Dimensi:
25.4 cm (diameter)
Tarikh:
2014
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Adeela Suleman
Tentang Adeela Suleman

Dilahirkan pada tahun 1970 dan bertempat di Karachi, Pakistan, Adeela pada mulanya mempelajari perhubungan antarabangsa. Tetapi selepas diam-diam lulus ujian kemasukan ke Sekolah Seni Lukis & Seni Bina Lembah Indus, Adeela memasukinya dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Seni Halus (dengan Kepujian) daripadanya pada tahun 1999. Karya Adeela kerap mendapat ilham daripada seni Islam dan landskap Pakistan, sambil meneroka keganasan yang semakin lazim dalam masyarakat Pakistan. Adeela dikenali terutamanya dengan kebolehan beliau mengubah bahan-bahan biasa menjadi bentuk arca yang kompleks. Kini beliau merupakan seorang Profesor Madya dan Ketua Jabatan Seni Halus di Sekolah Seni Lukis dan Seni Bina Lembah Indus, dan Penyelaras Persatuan Pelukis VASL Karachi. Beliau telah mempamer dengan meluas, termasuk pameran solo di Galeri Seni Gandhara, Karachi (2017); Galeri Aicon, New York (2017 dan 2014); Galeri Davide Gallo, Milan, Itali (2017); dan Galeri Canvas, Karachi (2015).

Bahagian Pembelajaran

Perbincangan


  • Imejan yang digunakan ini, dengan campuran antara keganasan dan kecantikan adalah sangat kompleks sifatnya. Apakah yang anda rasa apabila melihat imej tersebut dan apakah sebabnya?

  • Tema keganasan dan kecantikan selalunya diletakkan secara bertentangan. Namun, dalam karya ini, pelukisnya dengan sengaja mencampurkan kedua-dua tema itu. Kenapakah pelukis tersebut berbuat demikian?

  • Apakah naratif dan cerita yang tersembunyi di sebalik karya seni ini?


    Tugasan

    • Bagaimanakah cara anda menggambarkan sebuah hubungan antara keganasan dan kecantikan? Hasilkan gambaran anda sendiri tentang hubungan tersebut. Anda boleh juga mencuba tema-tema berlawanan lain seperti:

    1. Moden/Tradisi

    2. Aman/Perang

    • Perhatikan tema-tema berlawanan lain dalam kehidupan seharian anda dan hasilkan satu siri karya seni untuk menggambarkan hubungan-hubungan tersebut.