Art Detail | Ilham Gallery
Come Join Our Thrillin’ Supper
 TAMBAH KE ALBUM
Come Join Our Thrillin’ Supper
2010

Indieguerillas ialah pasangan pelukis yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Yogyakarta, Indonesia oleh suami isteri, Dyatmiko ‘Miko’ Bawono dan Santi Ariestyowanti. Dalam Come Join Our Thrillin’ Supper, dua muka bertopeng menyerupai watak hero Batman tertonjol dari dua kepala seperti watak wayang kulit, dengan suatu benda seakan mikrofon atau aiskrim di antara kedua-duanya. Dengan warna merah popnya yang benderang dan rupa bentuk satah, objek catan sekali gus arca ini mengandai bahasa visual seni jalanan dan reka bentuk grafik dan berfungsi sebagai sebuah komentar terhadap kecintaan manusia kepada penggunaan dan kapitalisme.

Maklumat
Media:
Cat semburan kereta atas plat aluminium
Dimensi:
210 x 160 x 6 cm
Tarikh:
2010
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Indieguerillas
Tentang Indieguerillas

Indieguerillas ialah satu pasangan artis yang dimulakan pada tahun 1990 di Yogjakarta oleh pasangan suami-isteri Santi Ariestyowanti dan Dyatmiko ‘Miko’ Bawono. Kedua-duanya telah belajar di Institut Kesenian Indonesia di Yogjakarta. Santi berlatar belakangkan Reka Bentuk Komunikasi Visual, manakala Miko dalam Reka Bentuk Dalaman. Minat mereka ialah cerita rakyat tempatan, reka bentuk dan budaya pop, dan menghasilkan karya dalam berbagai bahantara termasuk arca, instalasi dan lukisan cat. Indieguerillas mencari imbangan di antara kerja masing-masing dalam reka bentuk komersil dan pengkaryaan yang dibuat bersama, yang mereka gelar “bekerja dan bermain”; mereka menggabungkan reka bentuk dengan seni lukis dalam dunia yang sudah ketepuan konsumerisme dan media sosial.

Bacaan Selanjutnya