Art Detail | Ilham Gallery
Hey, That’s No Way to Say Goodbye
 TAMBAH KE ALBUM
Hey, That’s No Way to Say Goodbye
2015

Sebagai anak yang dilahirkan dalam keluarga yang besar di utara Bangladesh, pelukis ini sudah biasa dengan kelahiran bayi di rumah, di mana alat tunggal yang digunakan ialah sebilah pisau cukur nyahjangkit. Lewat kemudian, pisau cukur muncul kembali sebagai objek utama dalam pengkaryaan bila beliau meninjau tema patriarki dan kehidupan keluarga di rumah. Dalam karya Hey, That’s No Way to Say Goodbye, tilam dan bantal keluli yang begitu mahir ditempa sehingga nampak cukup lembut untuk berbaring. Namun mata pisau mendedah alam rumah tangga di mana kemesraan tidak lepas daripada keganasan, bahaya dan pengabaian. Begitu juga dalam My Metal Mask, Lipi mengguna keluli sebagai perisai untuk melindungi si pemakai daripada bahaya pengganas yang tersembunyi. Dalam situasi tegang beginilah, bila pemerhati ditarik masuk dan ditolak, pengkarya mendedah paradoks dan kerumitan kedudukan wanita dalam masyarakat Bangladesh.

Maklumat
Media:
Keluli tahan karat
Dimensi:
200 x 125 x 20 cm
Tarikh:
2015
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Tayeba Begum Lipi
Tentang Tayeba Begum Lipi

Lahir di Gaibandha, Bangladesh pada tahun 1969, Lipi memperolehi ijazah Sarjana Seni Halus dalam lakaran dan lukisan daripada Institut Seni Halus Universiti Dhaka pada tahun 1993. Beliau adalah pengasas bersama Amanah Seni Britto, wadah alternatif yang pertama diuruskan oleh artis di Bangladesh, khusus untuk mengendali pameran, membolehkan dialog dan pertukaran antarabangsa, dan membantu para artis negaranya dengan residensi, bengkel dan pembiayaan. Pengkaryaan Lipi melibatkan catan, cetakan, instalasi dan video; beliau sering membuat komentar mengenai politik gender dan identiti wanita.

Bahagian Pembelajaran
  • Tilam sering dianggap sebagai sebuah tempat yang mencerminkan rumah dan keselamatan. Walau bagaimanapun, tilam yang dihasilkan oleh seniman ini diperbuat daripada pisau cukur yang tajam dan berbahaya. Apakah yang anda rasa? Bolehkah anda bayangkan diri anda tidur di atas tilam pisau cukur? Apakah pentafsiran anda terhadap saling pengaruh antara objek-objek ini?

  • Seniman ini selalunya mengangkat isu peribadi dan dimensi politik keperempuanan dengan menggandingkan pemikiran tentang keperempuanan dan keselesaan dengan kesakitan. Apakah yang cuba seniman ini sampaikan dengan membandingkan keselesaan tidur di tilam dengan ketajaman dan bahayanya pisau cukur?


Tugasan

  • Seniman ini menekankan tentang paradoks yang dihadapi oleh golongan perempuan Bangladesh bagi mengetengahkan isu-isu ketaksamaan gender, keganasan struktural, dan keterpinggiran yang melingkari hidup mereka. Buat sedikit kajian tentang isu ini dan lihat bagaimana negara-negara lain berhadapan dengan isu ini, atau berbual dengan ibu atau adik-beradik perempuan anda tentang isu ini.