Art Detail | Ilham Gallery
Our Islands 11°16’58.4”N 123°45’07.0”E
 TAMBAH KE ALBUM
Our Islands 11°16’58.4”N 123°45’07.0”E
2017

Dilahirkan di Manila kepada ibu Belanda dan bapa Filipina, Martha Atienza telah bergerak di antara dua negara sepanjang hidupnya. Kini beliau membahagi masa di antara Rotterdam dan Pulau Bantayan di Filipina, bergantungan ke mana kerjanya membawanya. Beliau selalunya menumpu perhatian kepada persekitaran yang terdekat, merakam petikan realiti yang kritikal atau kelucuan. Our Islands diilhami oleh sejarah perhubungan keluarganya dengan laut: datuknya sebelah Filipina seorang penjaga mercu suar untuk Laut Visayan, bapanya kapten kapal dan ibu Belandanya bekerja dengan syarikat perkapalan Holland America Line. Karya beliau berkisarkan Pulau Bantayan dan perbandaran Madridejos, di mana beliau sendiri membesar. Atienza menarik perhatian kepada masalah-masalah yang dialami oleh masyarakat nelayan akibat kemiskinan, perubahan alam sekitar, dan perpisahan lama daripada ahli keluarga di laut. Dalam mengisahkan hal-hal dan budaya tempatan, karya beliau membangkitkan masalah sama yang diharungi masyarakat di kepulauan di serata dunia.

Maklumat
Media:
Video satu saluran
Dimensi:
22 min 38 saat (loop)
Tarikh:
2017
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Martha Atienza
Tentang Martha Atienza

Dilahirkan di Manila kepada ibu Belanda dan bapa Filipina, Atienza telah sepanjang hidupnya berulang alik di antara dua negara dan budaya. Sekarang ini ia menempat di Rotterdam, Belanda, dan Pulau Bantayan, Filipina, bergantung kepada ke mana projeknya membawanya. Sebagai seorang pengarah filem eksperimental dan seniman visual, amalan seninya kerap menyentuh persekitaran yang terdekat, dan pernah disebut sebagai mengambil ‘snapshot’ kehidupan yang kritikal sekali gus kelakar. Adunan dua budaya yang dilakukan oleh Atienza mempunyai sejarah obsesi yang panjang dengan lautan. Karyanya telah ditunjuk di berbagai ruang, galeri dan pesta filem antarabangsa. Beliau adalah penerima Anugerah Tigabelas Artis oleh Pusat Kebudayaan Filipina dan Hadiah Seni Baloise di Art Basel. Dia juga adalah artis residen Mercedes Zobel/Outset yang pertama di Galeri Gasworks di London, dan memenangi Anugerah Kesenian Ateneo dengan Geran Residensi Studio di Liverpool, Melbourne, New York dan Singapura.