Art Detail | Ilham Gallery
Tak Kunjung Padam
 TAMBAH KE ALBUM
Tak Kunjung Padam
2009

Seorang ahli pengasas kumpulan pelukis-aktivis Taring Padi, ia dan kumpulan sentiasa menekan isu keadilan sosial, mengutamakan komuniti pinggiran. Dalam Tak Kunjung Padam, beliau menggambarkan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa bencana banjir lumpur di Porong, Jawa Timur, dengan slogan menuntut keadilan dan hak asasi mangsa.

Maklumat
Media:
Cetakan ukiran kayu atas fabrik
Dimensi:
120 x 240 cm
Tarikh:
2009
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Muhammad “Ucup” Yusuf
Tentang Muhammad “Ucup” Yusuf

Muhammad, atau lebih dikenali sebagai “Ucup”, dilahirkan pada tahun 1975 di Jawa Timur, dan tamat pengajiannya di Institut Seni Indonesia pada tahun 1995. Pengkaryaannya berkisar cetakan kayu dan lukisan cat, sambil bertujuan menerangkan hal ketidakadilan dan ketiadaan kesaksamaan di Indonesia, sering tertumpu pada tema korupsi politik, pemusnahan tanah dan alam sekitar, konsumerisme, hak asasi orang asal, dan perpaduan rakyat. Pada tahun 1998, semasa tahun-tahun akhir pentadbiran Suharto, Ucup menjadi salah seorang ahli pengasas kumpulan artis-aktivis Taring Padi. Dari mula lagi, Taring Padi berazam untuk mengembalikan ‘Budaya Rakyat’, menganjur dan merancang strategi untuk perubahan demokratik dan popular di Indonesia, penentangan wacana elit, serta mengatur acara kebudayaan yang berorientasikan golongan pertengahan yang progresif. Pada tahun 2009, Ucup dihadiahkan dengan Mural Hikayat Indonesia di Istana Muzium Yogyakarta. Pada tahun 2012 dia memasuki pusingan akhir Triennale Grafik V, Indonesia dan juga Anugerah Seni Kontemporari Bandung. Beliau telah mempamer luas di Indonesia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Bahagian Pembelajaran

Perbincangan


  • Karya ini dipenuhi dengan gambaran tentang kepayahan yang dilalui oleh mangsa banjir lumpur Sidoarjo di Porong, Jawa Timur. Teliti dan terangkan apa yang anda lihat. Nilai susun atur tekstual dan naratif-naratif berbeza yang dimainkan. 

  • Di bahagian bawah karya ini terdapat satu sepanduk merah dengan slogan “Keadilan Terbitlah Terang”. Kenapa slogan ini penting dalam karya seni ini?


Tugasan


Karya ini mengetengahkan masalah kemusnahan alam sekitar akibat kegiatan manusia yang meratah sumber alam semula jadi. Walaupun karya ini dihasilkan pada tahun 2009, ianya masih mencerminkan masalah-masalah alam sekitar yang melingkari kehidupan hari ini. 


  • Bayangkan diri anda berada di dalam karya tersebut. Anda menyaksikan dengan mata sendiri banjir lumpur itu. Apa yang sedang berlaku di sekitar anda? Lukiskan pengalaman sensori anda itu.