Art Detail | Ilham Gallery
The Old Gun Man
 TAMBAH KE ALBUM
The Old Gun Man
2009

Lukisan Samsudin Wahab biasanya berupa campuran fantasi, imaginasi dan reaksi kepada hal ehwal semasa — pengaruh tabiat membaca surat khabar tiap hari. Khususnya beliau membaca tentang isu konspirasi, kuasa sosial dan kawalan pemerintah ke atas masyarakat. Dalam ia diilhami oleh budaya popular dan peristiwa global, karyanya juga mencedok pengalamannya semasa membesar di Semanggol, Perak, bila mana dia mula terdedah kepada politik dan menjadi Pengawas Perpustakaan di sekolah untuk lebih dekat dengan buku.

Maklumat
Media:
Cat minyak, akrilik, bitumen dan bingkai atas kanvas
Dimensi:
78 x 58 cm
Tarikh:
2009
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Samsudin Wahab
Tentang Samsudin Wahab

Samsudin mengkhususi seni cetak di UiTM, Shah Alam dari mana dia lulus dengan Sarjana Muda Seni Halus dengan Kepujian pada tahun 2007. Karya beliau yang kebanyakannya lukisan cat, termasuk juga arca dan seni perlakuan, bermain dengan gabungan fantasi dan realiti. Beliau selalu mencedok daripada rujukan surat khabar, yang dibacainya sebagai tabiat. Beliau berminat dengan kisah konspirasi, kuasa sosial, dan kawalan kerajaan ke atas orang ramai. Mengikutnya, semasa kecil dia sangat berminat dengan filem yang berkisahkan kumpulan Mafia dan siri televisyen seperti Prison Break. Beliau membesar di Semanggol, Perak, di mana dia menjadi Pengawas Perpustakaan bukan untuk tanggungjawab tugas tetapi untuk lebih mudah mendapatkan buku. Beliau telah bergiat dengan luasnya di Malaysia, termasuk mengadakan Enough! (2008), pameran solonya. Pada tahun 2009, beliau diberi residensi dengan Residensi Seni Visual Australia-Malaysia ke 15 Rimbun Dahan, dan juga menerima Anugerah Artis Baru Malaysia (MEA).